Resipi Kurangkan Lemak Badan

Kemain lagi tajuk ekekeke. Let me share with you guys my new recipe of weight loss. Padahal tak timbang pun tapi secara perasaannya, aku rasa aku dah mengecut beberapa cm daripada saiz biasa. Paling ketara lemak di bahagian perut. Ianya tidak berlapis lagi hahaha. Teruja yet kena keep in mind don't loose track Sharena. You have to maintain this new routine for about for the rest of my life kot ^_^"

Sebelum ni kan aku ada cerita pasal tengah cari cara guane nak turunkan berat badan tanpa rasa stress berdiet. Sebab for years aku asyik yo-yo dengan resipi diet. I hate it! So aku sampai pada kesimpulan bahawa aku kena ubah my eating lifestyle instead of keep on dieting. Itu je caranya yg aku rasa boleh digunapakai utk jangka masa yang panjang. Tidak lagi bila rasa penat, stop diet & badan naik semula. Herghhhh!

Entah macam mana mulanya, aku pun tak berapa ingat. Tapi semuanya drp Naurah lah yang a few times request nak beli breakfast kat makcik jual tepi jalan. Masalahnya bukan kami xnak belikan breakfast utk dia, tapi dia akan ada breakfast kat kindy. So kenapa nk beli breakfast lagi. So otak aku kata, maybe dia pagi-pagi dah rasa lapar. Breakfast kat kindy pukul 10 kot. Sedangkan perut aku pun tak tahan tunggu waktu jam 10, inikan pulak budak kecik gitu.

Lagi 1 sebab, kalau kami singgah beli, mesti punch card aku akan merah. Kami memang takkan sempat sampai office on time kalau singgah. Dalam masa yg sama aku pun rasa bersalah Nazif selalu kongsi breakfast dengan budak-budak lain yang parents bekalkan dgn breakfast. Nazif aku cuma bekalkan dengan setin biskot bermacam perisa. Alahaiiii...ibu apekah aku ini? tsk tsk T_T

So, akhirnya drp asyik nak harap habi cepat-cepat siap waktu pagi, apa kata aku je yg mengubah rutin aku demi anak-anak. Why not? You can do it Sharena!! So dengan penuh semangat aku pun mulakan dengan bangun pagi setengah jam lebih awal drp biasa iaitu 6.00pagi. Krikk krikkkk. Nampak sangat selama ni dah relax sangat bangun 6.30am hohoho. Itu menguatkan lagi tekad aku utk jadi ibu & isteri yg lebih baik. Kau dah terlalu manja selama ni Sharena! Hahaha =P

Maka rutin weekdays aku pun mula berubah. Setiap pagi masak breakfast sbg bekal utk 4 beranak. Setakat ni menu paling senang & cepat ialah semua yg bergoreng. Wahaha. Mee goreng, nasi goreng, bihun goreng. Yang lain sikit cuma spiral pasta or macaroni goreng sbb ada letak sos spagethi. Tu jelah ulangan menu setakat ni. Sila jangan ketawakan =P

Bergoreng??? Adakah ia makanan diet? Tidak. Tapi minyak tumis tu aku guna Olive Oil. I guessed its healthy lah kan? Ke tidak? ^_^" Most of the time mmg guna olive oil but sometimes I used sunflower oil. Minyak sawit selalunya guna utk goreng ayam or ikan je. Kunun rasa minyak dah healthy, so makan mee dengan banyaknya tanpa rasa bersalah kahkahh. Ini kerana skrg waktu lunch aku dah tak makan yer pembaca sekalian. Hebat kan? Miahaha...

Jimat duit & dalam masa sama kurang makan = kurang kalori = lemak mencair. Agaknya lah. Ini pendapat aku aje.

Plus, sekiranya aku berasa lapar, aku gunapakai nasihat poyo adik bongsu aku yg menyatakan bahawa ' rasa lapar itu sebenarnya rasa haus '. So aku psiko diri bila rasa lapar togok air masak 2-3 liter di waktu office. Orang kata minum air masak banyak dapat buang toksin sama yer? Agaknya ini juga membantu penipisan lemak badan aku huhuhu.

Tapi.....ada ketikanya rasa lapar tu tak dapat psiko diri sendiri jugak. So ada la jugak aku telan roti ke beskot ke coklat ke jajan ke. Sebab point aku dalam rutin ini adalah utk tidak rasa STRESS sehingga kembali kepada eating lifestyle yang lama. Makan ringan-ringan apa salahnya kan even aku tahu kalori makanan itu juga sangat tinggi. Lunch pun aku makan bila kawan ajak nak belanja or ada makan-makan kat office. Rezeki jgn di tolak hehe.

So begitulah cara yg aku rasa paling santai dalam usaha menipiskan lemak di badan. Dapat rasakan perubahan bila pakai uniform office dh ada kelonggaran sikiiiittt. Begitu juga baju-baju lain. So I guessed somehow this eating lifestyle did works for me. It just that I have a longgggggg way to go utk dapat BMI normal. Takpelah....tak rasa stress pun buat...kita relax-relax lah kan ^_^

Oh yer. What about my dinner? Hmm..sebab lunch dah skip, dinner tersangat lah lapar. So aku makan nasi mcm biasa. Kadang makan yong taufu, kdg makan bihun sup. Dinner takkan boleh skip or else aku meroyan kahkahhh. Cuma aku mmg dah biasa dinner before 8pm. So takde masalah sgt psl at least org kata bg perut rehat 4 jam selepas makan b4 going to sleep. Harap apa yg aku makan dinner tak jadi lemak sangat hoho.

Emm..pastu tgh kurangkan tabiat minum air manis. Tapi kalau dah ngidam sangat mmg aku togok aje tanpa rasa bersalah. Kata taknak STRESS kannnn ^__^ So we'll see lah selama mana boleh bertahan. Harap dpt jadi lebih sihat drp sebelum ni. Amin. And remember that this routine might works for me but maybe not for you guys yang berhasrat nak try cara ni. Lain body, lain caranya okay!

On weekend aku makan macam biasa 3 meals per day. Kira 2 hari cheat day lah. Bwahaha. Memang takkan dapat kurus cepat punya ini mcm kalu =P Takde ape aku nak kejar pun. Cuma nak rasa lebih sihat & cergas yaww. Plus taknak lemak makin bertambah. Cukup-cukuplah asyik naik aje kg tu bila timbang. Pasni kita kasi turun pulak b4 its too late. Usaha jelah mana yg terdaya. Berjaya ke tidak kita tak payah fikir dulu. I got nothing to loose pun.

Jangan pulak ade yg jumpa aku lepas ni kata ' eh ehh tak kurus ponnnnn '. Yer mmg aku tak kurus. Takde nampak perubahan yg ketara sangat pun lagi. Kan tajuk n3 ni kurangkan lemak badan. Bukan kata aku dah kurus!!! Bear that in mind yer. Ini cuma nak bagi idea je pd org lain yg rasa nk kurangkan lemak kat badan. Tu je.

p/s: Rabu ritu ada orang dah tegur nampak kurus skek kahkahhh. makin bersemangat kiter tawww =P diet paling tak stress pernah aku buat. daebakkk!!!

p/s: harap bila dah kurus tak lagha balik mcm dulu pakai skinny jeans bagai. kena tetap jadi muslimah OK!!!


Contoh kurus yang muslimah =)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat