Serba Tak Kena


Takde mood lagi nak cerita pasal weekend yang lepas. Mata belah kanan ni  rasa tak best. Mcm bengkak sengal gitu. Bila perati, nampak perbezaan dengan mata belah kiri. Bengkak bawah mata tu. Nak tumbuh ketumbit kot. Haihh....

Oh ye. Tu selfie dengan Nazif dalam kereta berdua lepas dia bangun tido. Budak kalau puas tido mood pon okay je. Kalau tak puas, cranky ya rabbi. Masa ni habi & Naurah pergi melawat Tok Andak yang warded kat Hospital Kajang. Terjatuh dari bumbung rumah masa tengah tukar atap baru. Harap tak ada kecederaan serius & moga cepat sembuh.

Menyampah sangat pasal hari ni lupa nak puasa sempena 10 Muharram. Masak spiral pasta utk breakfast pastu lupa ngap skali dengan anak-anak. 10 minutes after that baru teringat. Nyesal pun dah tak guna. Redha jelah. Takde rezeki nak dapat pahala lebih hari ni T_T

OK. Nak layan monday blues. Serba tak kena.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat