Skip to main content

Tutu Dress Frozen KWC




Mahal jugak rupanya tutu dress Frozen ni. Hari tu pergi Kenanga Wholesale lagi. Cari tutu dress utk anak-anak geng wasap payahnya lahai nak jumpa yang kenan. Samada murah tapi tak cantik atau cantik tapi mahal melampau.

Akhirnya dalam pada nak give up tu jumpa satu-satunya kedai yang jual tutu dress frozen kat atas tu dengan harga borong 5 helai dapat RM28. Sebelum tu mostly semua kedai jual if beli 1 RM55. Beli 3 helai ke atas RM39. So bila jumpa RM28 rasa macam lega gila. Tak tunggu lama terus agreed nak beli 5 helai pasal teringat ramai anak-anak geng wasap yang sebaya Naurah. InsyaAllah diorang mesti nak beli. Kalau taknak beli mmg rezeki Naurah la semuanya hohoho =P apeadehal kan Naurah? Nama pun peminat Frozen.

Alhamdulillah geng-geng semua ada yg berkenan. So sold out 4 helai. 1 je untuk Naurah. Sebbaek Naurah tak tamak. Risau gak aku dia nak semuanya. Tadi siap tolong sort out lagi mana yang kawan-kawan dia punya. Good girl.

Pergi KWC ni kena ada tujuan. Baju budak-budak & wanita tersangat lah banyaknya. Yang saiz kurus keding sampai ke plus size semuanya ada. Lagi berbaloi kalau kita memang niat nak beli banyak sbb akan dpt lebih murah dari harga biasa. Murah dia mcm banyak la jugak like half price pun ada kadang tu. Tawar jangan tak tawar. Bab tawar menawar ni memang aku suka. Kerek sangat kalu, banyak lagi kedai lain boleh lebih kurang. Rajin tak rajin jelah nak pergi banyak kedai kan.

Kalau jalan sensorang lagi lah syok. Ada anak-anak ni susah sikit lah. Tapi KWC ni selesa tempatnya. Even ramai orang, takdelah rasa serabut sangat. Lagipun ada 8 floors yang boleh kita terjah. Terbaekkk!!






Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…