EPF & Dancing Fish

Dua kali pergi EPF, dua kali jugak tak bernasib baik. Ke EPF Kajang, agreement original PTPTN lupa bawak. Ke EPF Shah Alam, tutup kerana sistem down. Rasa bersalah betul kat habi pasal dia driver nya kan. Minggu ni try lagi lah. Harap kali ketiga semuanya smooth. Amin. 

Dah alang kepalang sampai Shah Alam, ajak la habi ke Setia City Mall. Kami makan di Dancing Fish. An Indonesian Cuisine. Sedap tapi mahal hehehe. Sekali sekala boleh la pergi especially kalau habi willing to belanja. Mwehehe. Cheapskate punye bini. Sejam jugaklah kami melepak makan dengan relaxnya. Kami je pun pelanggan yg ada. Dah nak balik baru ada 1 family masuk. Maybe sbb makan situ mahal kot.

Tapi puas hati lah sedapnya tu. Pada aku berbaloi. Air barli sejuk pun free flow RM6.90. Aku and habi amek set je senang. Set Ayam goreng & set ayam Panggang. Per set RM25.90. Naurah kami orderkan kids meal spagethi siap ada sate secucuk RM12.


Naurah tak sabar hahaha


Nasi special. Smpi dpn kita deme angkat tutup nasi & taraa nasi panas-panas

Kiri sekali tu paling sedap. Belimbing di hiris nipis dibuat mcm kerabu. Nyums


Ni habi punya. Licin dia makan. Semuanya sedappppp

Lepas makan kami round the mall ajelah. Singgah MPH beli tafsir  Quran saiz kecik for me. Habi willing to pay. Thank you habi. Moga rajin la baca kemana saja membawanya. Tafsir yg kat rumah tu besar sikit & tebal. Tak sesuai nak dibawa kemana saje. Yang beli ni sng pegang cuma tulisan tu kecik skek lah. Kena fokus skek membacanya. If ada kanta lagi bagus haha ;P

Habi beli buku Dari Ulu Yam ke Liverpool. Beli sebab kawan bos dia penulisnya tu. Dan dan aku perli baca ke tuuuuu???? Hahaha. Tengok2 bini ni jugak yang khatamkan nanti. Tengok lahhh








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat