Family Trip : Pangkor Part 2

Sampai Jeti Lumut, hujan pun turun. Tapi tak lebat sangat lah. Kami tunggu cousin adik ipar aku datang jemput bawa kami dinner kat tempat makan sedap. Apa ntah nama restoran tu. Kat Pekan Manjung lah. Dia tulis Tomyam & Steamboat. Memang sedap pun makan situ tapi ramai orang so dapat makanan pun lambat. Dah la datang lauk satu per satu, nasi tarak lagi. Meratah lauk dulu pasal dah kelaparan. Menu malam tu ikan merah stim, sup tulang, sup ayam, sayur campur, udang masak sambal & telur dadar. Murah rezeki kami malam tu makan di tanggung oleh cousin adik ipar yang katanya seorang Kapten TLDM. Naik pun kereta Audi okay. Kenalah jaga air muka ekekeke =P Terima kasih banyak-banyak lah yer belanja kami. Moga murah rezeki.








Kualiti gambar cikai betul lah. Adakah itu petanda kena tukar kepada Iphone 6? Haha. Macam la ade duitnya pun. Berangan boleh la. Ohh tu semua pic masa wedding cousin. Snap mana yang dapat jelah. Abah kemain lagi tak duduk diam dok beramah mesra dengan kawan-kawan lama masa dia kekecik dulu. Ada pakcik tu cerita la deme main sampan-sampan masa kecik ekekeke. Membayangkan abah main sampan mcm kelakor je =P Tetibe mcm majlis reunion pulak utk Abah. Tapi dia nampak happy lah jumpa kawan lama yg katanya ada 20 tahun tak jumpa. Kita tengok diorang pun seronok =)

Pagi Ahad dimulakan dengan aktiviti memasak nasi lemak. Aku rebus & goreng telur mata 1 papan hokay. Mak masak nasi lemak mabeles dengan sambal sotong kering yg dah di rendam semalaman. Kak Lin goreng ayam. Lisa buat air panas. Lepas makan bersiap utk check out pulak. Pukul 12tghari kami bertolak ke Pantai Remis ke kebun sawit ayah mertua Abg Eddy. Perjalanan dalam 45 minit jugaklah. Tapi berbaloi bila sampai sana semuanya happy memancing di kolam ikan & lunch lauk kampung yg menyelerakan.

Batang keladi masak asam, ayam kampung masak kicap, sambal belacan, betik rebus & ikan talang bakar. Perghhh....makan tak ingat ape dah memasing. Terbaekkk. Terima kasih kepada keluarga Pakcik Makcik yang jaga kebun tu. Siap import anak menantu berdekatan tungkus lumus memasak utk kami semua yg so called orang bandar ni. Padahal anak Felda je ahahaha. Abah pun ada 10 ekar tanah kebun sawit. Tapi kami dah besar pjg ni tak pernah jejak pun. Cisssss







Kemain jakun budak-budak bandar jumpa tali pancing. Aku pun tak melepaskan peluang nak merasa ikan memakan umpan. Dapat lah 2 kali ikan talapia hitam & merah meragut mata kail aku. Juara memancing hari tu adalah aku sbb talapia merah paling besar berjaya di tangkap. Sayangnya takde sape nak bagi hadiah bwahaha.

Seronok. Memang seronok sangat kat kebun sawit ni. Bersih aje kebunnya. Bagus pakcik tu jaga. Bukan budak-budak je yang enjoy. Kami yang besar ni pun rasa puas. Terima kasih atas jemputan ini ye. Lain kali boleh datang lagi hehehe. Cuma bab jauh tu jelah yang jd penghalang.

After that kami pun memulakan perjalanan balik ke selatan. Ada yg ke KL, Senawang & JB. Exit di tol Plus Changkat Jering. Perjalanan ke Au2 dalam 5 jam. Letih gila. Rehat dalam 1 jam setengah kat rumah Kak Ya. Mandi, solat jamak & off we go to BBST. Sampai rumah pukul 1130 malam. Penat gila. Kesian habi pasal dia drive all the way dari Perak sampai la ke BBST ni hah. Isnin dah kerja. Bertahan ajelah.

Alhamdulillah. Percutian yang menyeronokkan. Tahun depan InsyaAllah kita jalan-jalan lagi. Target for Pantai Timur pulak. Tunggu kami datang! ^__^










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat