Kita Semua Ada Kekurangan

Ini bukan masalah aku. Tapi aku rasa annoying sangat berjumpa dengan orang yang berperangai sebegini. Yang sentiasa menganggap dirinya betul & langsung tidak mahu mengaku kekurangan & kesilapan diri. Apalah salahnya kita mengaku salah & cuba perbaikinya drp berburuk sangka pada orang lain.

Hal kerja. Kita semua kerja makan gaji. Its nothing personal. Kita buat kerja, bila kita tahu ada benda yang perlu diperbaiki atau salah, kita share dengan bos. Takde niat lain pun kecuali nak menjaga imej syarikat drp dipandang rendah oleh syarikat -syarikat lain yang berurusan dengan kita. 

Tapi ada orang dia menganggap apa yang kita cuba perbaiki dalam hal kerja itu bersangkut paut pula dengan sengaja mahu memburukkan imejnya. Juga menyangka kita melakukannya utk kepentingan diri kita sendiri spt utk dapatkan increment atau bonus yang lebih banyak drp orang lain. I cannot digest this kind of perception. How could you think of that to your colleague yang membanting tulang mengorbankan hari bercuti utk datang ke pejabat utk menyelesaikan tugasan yang sepatutnya tanggungjawab kamu tapi dibuat dengan sangat selekeh & tak profesional?

Dah lah kawan tu ada tugas dia yang sedia ada. Dibebankan pula dengan tugas kamu yang dibuat tak semenggah. Bila kamu datang kerja, sesuka hati kamu menganggap dia yang bukan-bukan pula. Kerja kamu semua dia dah siapkan. Bukankah patut kamu berterima kasih padanya? Jadi kamu datang office hanya goyang kaki. Apa jadi dengan gaji yang kamu terima hujung bulan itu? Berkat kah?

Semuanya salah orang lain yang complaint tentang dia. Its never about her own fault. Orang itu jeles, orang ini dengki, orang itu suka mengata, orang ini busuk hati. Ya Allah, kenapa susah sangat utk mengaku kesilapan sendiri? Hebat sangatkah kamu sehingga semua orang mahu menjatuhkan kamu? Tinggi sangatkah pangkat & gaji kamu hingga orang mahu bermusuhan dengan kamu? Why can't you think???

Sejujurnya pada aku dia memang tak layak duduk di kerusi itu. Tapi Allah memberikan rezeki itu padanya. Dia sepatutnya bersyukur sangat. Tapi apa yg dia buat? Dia mengkucar kacirkan segala tanggungjawab yang tergalas dibahunya. Nama syarikat busuk disebabkan hasil kerjanya yang tidak berkualiti. Panggilan dengan panggilan telefon diterima complaint tentang dirinya. Emel juga begitu. Adakah mereka juga dengki pada anda? Mengapakah kamu tidak mahu berfikir?

Ya Allah, bukakanlah mata hatinya daripada terus buta dengan kehebatan dirinya sendiri. Berubahlah wahai teman. Kita sama-sama bekerja disini mencari kerja yang halal utk keluarga. Buatlah kerja dengan rasa amanah didada.

Ingatlah, tiada orang akan mempertikaikan apa yang anda buat di pejabat sekiranya hasil kerja ada bagus. Kamu perlu menerima hakikat bahawasanya kamu tidak layak memikul tugas itu tetapi Allah sayangkan kamu for whatever reason. Maybe He wants you to change & realize how lucky you are. Accept your weakness & make up for it. Focus on your works and don't let you personal life interfering. 

Bukan kamu seorang yang ada suami, isteri & anak-anak. Mostly kat office ni semua seperti kamu juga. Carilah keseimbangannya. Keluarga itu penting tapi kerja itu juga penting. Aku jugak meletakkan keluarga di tempat pertama. Tapi dlm masa yg sama, amanah kerja pun kita buatlah sebaiknya. Rezeki gaji dari kerja inilah yang aku beli pakaian & makan minum keluarga. Minimakan kesalahan bila melakukan tugas & cuba perbaiki diri dari semasa ke semasa.

Selagi mana anda tidak mengakui kelemahan & kekurangan diri, selagi itulah anda akan terus berperangai begitu. Mengalah tak semestinya kita kalah. Kita perbaiki segala kelemahan yang diperkatakan & bangkit semula daripadanya. Ianya tidak mustahil.

Muhasabah lah diri anda wahai teman.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat