Oh My Nazif!

Whoaa...Nazif makin membesar makin banyak akalnya. He's totally different from Naurah. Naurah when we said don't! she paused & go away. Nazif when we say don't! Tak beri kesan apa-apa pun. Hahaha. Selamba badak dia je buat jugak apa yg ditegah. Oleh itu tak payahlah bazir masa cakap banyak dengan dia. Cepat-cepat lah alihkan apa yang kita taknak dia buat tu org angkat je dia letak tempat lain. Dan pastinya dia akan mengamok menangis nak buat apa yang hatinya mahukan. Bersabar sajelah.

Hari Isnin dia dah siap mandi & pakai baju bedak comey-comey sebelum ke taska. Now pagi-pagi Naurah & dia memang mandi bersama dalam bath tub with air suam. Wangi anak-anak aku pergi day care & kindy. Bila aku siapkan diorang pagi-pagi macam tu, teringat pulak masa mak aku siapkan aku nak ke tadika Kemas dulu. Now I'm doing it to my clildrens. How time flies. And what a great moment to remember ;)

Oh ye hari Isnin lepas tu, Nazif dah siap wangi aku lepa kejap je basuh periuk belanga hasil buat breakfast pagi tu & bila rasa pelik takde suara si kenit tu, aku jenguk & tengok dia berendam dalam bath tub. Muka innocent gila tak sampai hati nak marah. Aku marah si Naurah sbb dia dok tengok je adik buat onar tak kabo ke aku. Sibuk menangis pasal kartun feveret dia dah habis je -.-"

So terpaksalah tukar pempes baju lain kat si Nazif. Makin membanyakkan kerja aku pulak. Saborkan ajelah.

Iyalah agak merbahaya tinggal macam tu kan? Lepas ni kena lebih hati-hati lah. Budak dah banyak akal.

Pagi tadi aku rendam bekas dalam freezer bagi tanggal stains letak kat lantai sebelum nak basuh. Nazif datang kedek-kedek dari ruang tamu, nampak je benda alah tu, even aku dah said NO, dia terbalikkan bekas & tumpah semua air. Banjir dapur aku T_T Ya Allah, berikanlah aku kesabaran para Nabi ^__^"

At 1 year 4 months+ Nazif dah mula bercakap a few words. Arahan kita, cakap kita semua dia dah faham. Tak sangka jugak dia cepat bab ni pasal progress fizikal semuanya lambat. Maybe kuncinya as usual kena banyak bercakap dengan anak-anak kot. I practiced the same with Naurah & dia lagi banyak vocab when at his age. Naurah setahun setengah dah boleh converse pendek buat ayat dengan kita. Very fast.

So antara word Nazif yang sangat jelas difahami ialah Ayah, Kakak, Mok (our cat), Sakit, Buka. Itu jelah yang aku boleh ingat masa menaip ni.

Early tomorrow morning kami akan balik ke kampung Johor. Yeayyy!! Doakan kami selamat pergi & balik. Thank u in advance. Have a great holiday everyone! :)












Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat