Ooo Balik Kampung

Kemain lagi lamanya bercuti balik kampung sampai seminggu tak hapdate blog yer. Hehehe. Padahal ade je ni bekerja kat office. Cuma mood tak mari nak menulis. Tu yang mendiam aje kat sini takde pape.

Balik kampung hari tu sangat best. 4 hari memang rasa tak cukup. Khamis pagi dah sampai & terus lah sibuk buat persiapan majlis bacaan Yasin utk hari esoknya Jumaat. So 2 hari gone mcm tu je kat rumah buat itu ini. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Menu ialah soto & roti jala. Soto kami masak beramai-ramai anak beranak while roti jala mak order. Kari daging je my bro in law masak. Pandai lah dia masak. Sedap.

Hari Sabtu aku keluar bawak sekali cousin Naurah 2 orang ke rumah Afni di Taman Seri Saujana, Kota Tinggi. Setengah jam je dah sampai ke rumahnya. Dekat sangat hokay. Dekat sampai pergi 2 kali rumah Afni pada hari yg sama. Apekah???

Entah mcm mana balik dari KIP Mart beli barang dapur bagai, cari henfon aku sekali terkeluar henfon Afni. Ajaib sangat mcm mana henfon dia boleh ada dlm henbeg aku kan? Adududu....mesti budak ramai-ramai tu yg bijak sangat masuk dalam beg aku. Ckp banyak pun tak guna. Habi terus ajak pulangkan je. 2nd time bawak Nazif jelah. Naurah ddk rumah main sama cousins je.

Selain Afni, ada Yanti, Fashya & Nurul yang memeriahkan majlis selain kawan-kawan Afni & suaminya yg lain. Even ini first time jumpa Yanti & Afni, as usual blogger ni bila dah kenal kat alam maya, jumpa face to face pun memasing ramah tamah je. Takde segan silu sangat. Afni tu kemain lagi kepochinya hahaha. Aku suka dengan orang yang macam gitu. Senang bawak borak. Takdelah diam jadi awkward je suasana tu kan. I loike ;)

Yanti kurus di alam nyata dari pic di alam maya. Baby Adwa tersangatlah behave. Syok dapat pegang & ciom baby. Masih tak kekok lagi pegang baby kecil. Ini bermakna belum masa utk tambah anak ke-3 mwehehe =P Nazif as usual maroh nampak aku pegang baby. Itu budak memang tamak sangat dengan Ibu dia. Dgn kakak pun selalu gaduh berebut Ibu. Sabor ajelah.

Last jumpa Fashya back at 2012 masa aku buat Open House Raya. Masa tu si Anas baby lagi dalam 3 bulan gitu kot. Jumpa tahun ni Fashya dah ada baby ke-3 ahahaha. Nurul sampai lewat skek ntah sesat kemana je dia tu. Sembang kejap, aku mintak diri lah pasal aku orang first sampai rumah Afni. Segan lah kita lama-lama sangat rumah orang kan. Jadi mintak diri dululah. Sedap Nasi Ayam & Sambal Udang. Terima kasih Afni for having us. InsyaAllah dah tahu rumah dekat, lain kali boleh jumpa lagi.

Hari Ahad petang kami pun balik ke BBST. InsyaAllah CNY bulan 2 nanti kita balik lagi. Naurah & Nazif happy sangat balik kampung. Rumah Atok Nenek besar. Halaman pun luas. Memang best lah budak-budak ni meneroka.

Okaylah layan gambar. Sekian, cerita rangkuman utk seminggu ni. Heeee =P


















Banyak kan gambar? Hope you guys enjoy it like I do ^__^





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat