Posts

Showing posts from February, 2014

Umrah#3

Image
Alhamdulillah semua dokumen dan pembayaran dah selamat diberikan pada manager HR pada hari Jumaat yang mulia ni. Rasa macam satu beban dah terangkat drp bahu ni hah. Ringan sikit jadinya =) Terima kasih pada bos habi, Encik Rodzi Ahmad sebab sudi memberikan pertolongan menggunakan buku cheque dia utk urusan pembayaran pd HR. Last minute baru HR inform taknak terima cash money. Prefer cheque or bank draf. Ate aku & habi dah keluarkan cash drp akaun Tabung Haji masing-masih ritu kan. Moga Allah membalas jasa baik beliau kepada kami. Bila cash dah dalam tangan, terpaksalah tumpang peti besi opis & simpan all the cash. Seriau nak bawak duit banyak-banyak kesana sini. Thanks Mages sebab sudi tolong simpankan dlm peti besi office. Akhirnya hari ni semuanya dah selesai. Terima kasih pada Kak Som & Abang Mat yang banyak juga bagi bantuan berkenaan hal umrah ni. Rasa bersyukur & bertuah sebab Allah bagi kawan-kawan yang murah hati menolong kami dalam proses nak ke T

Gelagat Anak-anak

Image
Muka pelik haha Sopannya duduk princess oiiiii -..- Bila Nazif cranky kahkahhh. Pening ayah dibuatnye Dalam hati Nazif mesti tertanya apelah kakak aku nak buat dgn tapak tangan beso ni... Ohh nak kipas rupenyer hahaha..teros melopong mulut adik ^^

Umrah#2 - Passport, Pengesahan Surat Nikah & Pengeluaran Tabung Haji

Alhamdulillah kerana telah mempermudahkan urusan kami pada hari ini. Passport dah pun di renew, duit pun dah dikeluarkan, salinan surat nikah pun dah di sahkan oleh Jabatan Agama Islam. Lapangnya dada & fikiran bila semuanya dah selesai. Sekarang cuma tinggal nak submit semua dokumen pada HR. Harapnya semua dah lengkap. Kalau tak lengkap pun masih ada masa 2/3 hari untuk lengkapkan. Inilah pentingnya hantar awal sikit drp dateline yang dah ditetapkan. If ada benda yang terlepas pandang, masih ada masa nak settle kan. Ini pun kira dah last minute punya persiapan dah yang kami buat ni. Dah beberapa hari dok risau mengenangkan semuanya kena settle by this week jugak. Syukurlah Allah permudahkan urusan kami. Ambil cuti half day & semuanya settled =) Pagi tadi kami sampai ke Pejabat Imigresen Presint 15 pukul 9pagi. Ambil giliran dah nombor 1090 & 1091. Masa tu nombor 1034 macam tu lah. Sampai pun dah lambat. Takkan nak expect dapat nombor cecepat khennn. So lepas habi

Thank You Pixajoy!

Image
Arrived The box Tada. Simple design je Inside Terjaga dari tidur la pulak huhu Susahnya nak snap pic dia skrg Candid jelah yg mampu. Klu suruh senyum mesti dia tutup muka -..- The day we celebrate Naurah 4th years old birthday, the photobook pun sampai at my office. What a perfect timing. That night we went to Secret Recipe & I showed her the books. She loves it ^^ Kami masih berhutang dgn Naurah membawanya bermain kat tempat macam Critter Land or Megakids. Maybe this weekend boleh bawa dia mandi manda kat Splash Park yg free itu. Hehehe. Skrg kena berjimat cermat yer. Ekonomi tak stabil tahun 2014 ni hewhewww    

Umrah #1 - Pengurusan Dokumen

Ya Allah, pantasnya masa berlalu. Minggu depan dah kena submit all the documents regarding Umrah preparation bulan April nanti. Pagi tadi sempat ke klinik panel utk amek injection meningcoccal yang tahan 1 tahun. Aku & habi je dah makan RM300. Bertambah susut lah peruntukan medical kami. Baru nak masuk bulan Mac dah tinggal 1k je kot dari 2k. Senang kata bila anak makin bertambah, peruntukan medical yang kampeni bagi makin tak cukup. Budak-budak zaman skrg dah la senang kena penyakit. Penyakit zaman skrg pelik pelik pulak tu. Kan best kalau peruntukan medical utk staf ni depends of berapa ramai ahli keluarga yg kita ada instead of ikut position seseorang. Berangan jelah kan. Takpe...tak kena bayar. Haha. Walau apa pun aku tetap bersyukur dengan peruntukan yg ada. At least ada drp tak ada kan? =) This Wednesday aku dah apply half day dengan harapan utk settlekan semua pasal dokumen Umrah & pembayaran pada HR. Punyelah kedekut cuti sampai apply half day aje kan. Harap Al

Food : bbq Korean Restaurant, Wangsa Walk

Image
Ruang makan di tingkat atas. bbq stands for best of the best quality if i'm not mistaken Semua guna olive oil ok. Healthy oily food HAHA Lunch meal promo Sedap. Nasi dia siap ada gajus & kismis. Tak mcam korean lansung. More to fusion la Sedap weyh ayam goreng dia. Tepung tu mabeles Ini pon sedak nyerrr. Masam manis pizza dia. Highly recommended! Menu habi same with mine Lemon Tea Budak baik. Masa baru sampai dia tido. Ni dah bangun. Anyeong haseyo ^^ Best friend. Haha. Gaduh, baik, gaduh baik. Budak-budak punya peel =)

Korean Drama : My Love From The Star

Image
Aku ingat lagi tahun 2012 sebelum aku pregnantkan Nazif, masa tu menggila betul tengok korean drama kat OneHD dengan habi. Boleh kata channel wajib setiap malam bagi kami. Tak salah aku masa tu tayang drama Lee Min Ho, The Faith. Pastu terus follow jelah drama apa yg ditayang. Akhir 2012 aku conceived Nazif dan kegilaan itu pun pergi bersama simptom pregnancy yang membuak-buak. Haha Lepas aje pregnant, Lee Min Ho pun keluar dengan drama baru The Heirs. So kegilaan pun kembali. Jumpa pulak website yang boleh tengok online pelbagai drama drp Korea, HK, Taiwan & Japan. Semua pun drama yang tengah main kat negara masing-masing. Fresh gitu huhu Lepas The Heirs tamat, ganti la drama My Love From The Star. Memula memang aku malas nak follow. Rasa mcm tak lawa je heroin dia. Hero pulak mcm pernah tengok. Tapi dimana ya? Rupanya hero Secretly Greatly. Movie tu pn aku tgk online je haha. Then saje jelah try tgk first episode sbb masa tu memang takde follow ape drama dah. Semuanya mc

Terima Kasih Hamidah Bt Ismail @ Mid

Image
Dah sampai =) Jangan marah mid aku tepek sini hehehe =P Thank you so much. Mmmuahss. Kiss kiss hahaha

Home Deco : Kaison @ KL Festival City

Image
Weekend yang lepas banyak aktiviti berjalan ke sana sini. Gitulah kekdahnya kalau naik KL ke rumah Kak Ya. Sebulan sekali wajib kesana beramas mesra dgn family aku pulak. Sejak Kak Ya pindah KL, inilah rutin terbaru kami sekeluarga setiap bulan. Baru rasa adil gitu bahagi weekend yg ada dgn family in law & family aku jugak. Maklumlah kalau nak balik setiap bulan ke Johor and meet my parents mmg lari lah bajet bulanan kami huhu Paling best bila jalan-jalan round shopping complex & makan-makan dgn Kak Ya, banyak lah yg dia support drp segi kewangan. Habi marah jugak ah kat aku bab ni. Hehehe. Sbb mcm amek kesempatan melampau sgt kt Kak Ya kan. Ishh..aku pon idokler buruk perangai sangat. Ade gak yg aku guna duit aku jugak. Habi saje buruk sangka kat bini taw. Malas kawan! Haha Sabtu lepas after Asar kami ke KL Festival City. Aku nak g Kaison cari wallpaper. Sejak masuk grup deco rumah kat FB, kemain la semangat nak deco balik rumah yang dah lama terbengkalai tu. Sebab se

Happy 4th Year My Daughter

Image
Hari ni genap Naurah Zayanie Mohd Izhar berusia 4 tahun. Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan anak itu kepada kami kedua ibu bapanya & orang-orang yang menyayanginya. Ya Allah, Kau pinjamkanlah dia lebih lama kepada kami dalam keadaan sihat walafiat & dibawah perlindungan Mu sentiasa. Amin. Ibu & ayah pertamanya nak mintak maaf kat awak Naurah sebab tahun ni tak dapat nak ambil cuti khas meraikan hari kelahiran awak. Ibu & ayah kena simpan & sayang cuti sebab nak pergi ke Tanah Haram, InsyaAllah pd April nanti. Banyak cuti nak digunapakai. Kami harap awak faham ye. Tapi malam nanti kita pergi makan-makan & beli kek yer. Kite ke Secret Recipe or Pizza Hut happy sama-sama dengan adik Nazif.  Tahun ni buat pertama kalinya kita sambut birthday awak berempat. Awak happy tak ada adik? Nazif tu baik kan? Dia paling suka main dengan awak. Asal nampak awak je kemain lagi excited muka dia nak main. Kalau awak buat funny faces, terkekeh dia ketawa. Ibu

Photobook Pixajoy RM 0.00

Image
Memang tak rugi masok wasap sembang dgn geng bloggers neh. Banyak dapat info yang best. Sebelum ni shopping bagai nak rak kat Zalora masa diorang buat promo kat Kakao Talk. Menggila beli wallet, sandal & handbag aku dgn bayaran tak sampai RM100 haha. Jimat tak jimat la kan. Semua tu berjenama tau. Bukan cikai-cikai kat pasar malam punye =P Sangat puas hati. Hasil hebahan blogger Intan Hezliyana. Mmuahhss! This time kat Mydeal pulak ada promo from Pixajoy buat photobook 39 pages RM0. Cuma perlu bayar untuk delivery aje RM8 per book. Dulu aku pernah buat, tapi give up. Rasa mcm susah gile nak pilih gambo Naurah yg beribu tu. Too much thinking to do only for 1 page. Bodoh masa tu kot. Haha. Pixajoy ni hebahan from Dira. Mmmuahs jugak! This time around aku taknak bodoh lagi. So dapat siapkan 2 buku dalam 1 hari. Senang kata each book take time only for 1 hour to design & order. Now tunggu jelah buku sampai. Tak sabar gile ^^ Buku ni aku plan nak bawa masa ke Tanah Hara

First Homemade Bento For Nazif

Image
Pertama kali masak bubur nasi kentang & carrot utk Nazif utk bekalan ke taska. Ini bubur kedua aku masak selepas yg pertama pd Sabtu lepas buang begitu saja kes hangus T__T Eyhh..sebelum ni pernah masak bubur nasi sahaja takde campor ape suap kat rumah. Nazif makan main-main je masa tu sebab baru nak perkenalkan solid food. Utk bekalan taska ni baru mlm tadi kumpuk kekuatan utk buat homemade puree for him. Kesian asek makan ready made cerelac 2 perisa tu je kan. Setin aku beli brown rice cerelac. Yg kat rumah cerelac rice & fruits. Inilah namanya ibu pemalas yg nak semua benda cepat & senang aje. Haihh...dah lama sangat relax kot aku ni. Jadi lemau. So mmg kena kumpul segenap kekuatan diri utk menjadi ibu yg rajin semula like masa Naurah dulu. Well, sbnrnya aku dah lupa masa Naurah dulu ade ke aku buat homemade puree ek? So selak archive blog & nampak aku bagi dia cerelac jugak. Kohkofff. Tu yg jadi down balik azam nk buat homemade food for Nazif. Takpelah kot

Aktiviti Bajet - Dataran Nilai

Image
Hari ni ke office dengan hati yang agak nyaman. Sebab ebm Nazif ke taska cukup 4 botol. Harapnya memang cukup lah sampai ke petang. Botol kelima ada dlm fridge. Buat bekal utk hari esok pulak. Harap sepanjang minggu ni memang cukup sehari dapat 4 botol. Amin. Oh btw habi dah pasang pc baru utk aku last Friday. So ni tengah nak biasakan diri dengan software yang lama which is from Microsoft 2003 to the new one which is Microsoft 2010. Banyak beza kot. Takpelah...lama-lama sokay kot pakainya. Memula ni je terkial skek.  Weekend lepas kami banyak lepak kt rumah je. Nak g shopping complex duit tak berapa nak meriah dah. So kenalah buat aktiviti bajet sahaja. Contoh bawak budak2 ke taman permainan hehe. Sabtu mmg tak keluar. Habi je bawak bdk2 g playground kat taman kami. Ahad petang kami ke Dataran Nilai. Naurah happy bangat. Nazif duduk buggy kena tiup angin petang sampai tertido dibuatnya. Haha. Balik singgah MMA Santai Corner tapau meatballs Abg Burn. Naurah ajak g Giant ta