Anak Kedua


Aigoo...ini dia budak yang menjadikan aku tak tentu hala. Selalu sangat menguji kesabaran omaknya ni hah. Muka kemain innocent. Tapi peel memang boleh buat aku menangis T_T Selalu cakap bebel-bebel ' ya Allah...anak siapa lah ni??? '. Mil cakap ayah dia masa kecik tak peel gitu. Behave je. Maknanya budak ni ikot peel aku ah ni? Hahaha. Yelah, peel yang molek-molek semua orang berebut nak ngaku gen dia kan? Peel ntah pape bagi la kat orang lain. Gitu =P

Takpelah...after all anak aku jugak ork. Ini bukan masa nak tuding jari mengapa anakku berperangai sedemikian rupa. Ini masa utk berfikir cara yang sesuai utk handle budak yang banyak akal ini. Ahh...segala macam tips parenting dah aku carik khas utk handle dia. Buntu tawu tak buntu?

Allah tu memang maha adil. Anak pertama, Dia bagi perempuan yang girly. Sesuai lah dengan jantina dia. Syukur. Anak kedua, lelaki Dia bagi yang betul-betul boy lah. Lasak kemain. Pastu nak ikot kepala dia aje. Kalau dia nak buat pape if kita halang, memang meraung macam hape je. Determination sangat kuat ini budak.

Anak nombor 2 dalam keluarga selalunya memang special skek. Samada dia akan jadi kambing hitam dlm family or akan jadi tonggak utama family. So cara nak handle anak kedua ni bukan calang-calang parents boleh berjaya. Syukurlah Kak Ya tu berjaya di didik mak abah sampai jadi yang paling berjaya dlm family. Dalam family habi pun macam tu. Si Rongak tu paling berjaya jugak. Persamaan yang lain adalah bab jodoh. Jodoh berat orang kata tu pasal diorang ni special. Ini aku cuma ambil kes dalam family kami jelah. Yang aku nampak. Bukan conclusion apa-apa pun. Allah je yg tahu rahsia semua benda kan. Kita sbg manusia cuma boleh analisis jelah.

Siryes dalam situasi keluarga kecil aku skrg, memang tak tefikir lagi nak ada anak nombor 3. Totally tak bersedia samada dr segi keupayaan kami as a parents mahupun dr sudut kewangan. 2 beradik ni saja masih lagi membuat kami haywire. Sampai lately aku pun selalu naik suara & sometimes naik tangan sekali. Memang kesabaran tu tercabar habis lah senang kata. Selagi aku belum temui kesabaran sebenar, selagi tu takkan ada yang nombor 3. Let it be for another 3 years or 10 years. Aku harap anak-anak aku semuanya dididik dengan penuh kualiti instead of kuantiti. Jadi aku takkan ada regrets in future.

But once again, after all harapan aku cuma dalam lingkungan kuasa seorang manusia. Allah dah lama kot rancangkan tentang jalan hidup setiap hamba-Nya. Aku cuma berharap aku dah buat yang terbaik utk anak-anak. Selebihnya, biar Allah yang tentukan.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat