Back To Normal

Naurah dah ke kindy hari ni. Malam tadi lagi dah bersemangat buka beg ambil buku-buku dia semua. Memang dah rindu sangat nak ke sekolah la tu. Pagi tadi pun senang je bangun & mandi. Happy. And I'm happy to see that too.

Si Nazif pulak cadangnya nak tinggalkan dia dengan atok nenek je kat rumah. Tapi dia taknak lah pulak. 2 kali aku tanya dia geleng kepala. Nak jugak mengikut naik kereta. Sudahnya hangkut jugaklah ke taska. Dia lagi selesa dengan Ibu Midah la tu. Jumpa atok nenek berapa kali je pun setahun. Mane lah dia mahu sangat. Lagi pulak dah besar gini. Masa kecik dulu boleh tahan lagi.

Kesian mak abah harapan nak jaga cucu tak kesampaian. Merajuk terus cakap nak balik hari ni jugak hehehe. Nak buat macam mana. Budak-budak mana boleh nak dipaksa. Karang tak terjaga deme budak tu buat hal. Nazif tak baik sepenuhnya lagi. But at least dia dah aktif lah takde nak melepek macam hari pertama/kedua tu. Dedua dibekalkan dengan ubat.

Pergi kerja dengan kereta berasingan hari ni. Habi ada kerja malam nanti. So tugas akulah ambil budak-budak tu. Dah bertahun jadi co-driver. Bila kena drive balik kdg rasa susah hati pasal skil dah kelaot. Pulak skrg kereta kemain banyaknya. Jem lagi kat traffic light Dengkil tu. Debor jugak kadang tu kan takot eksiden ke hape. Memang kena focus 101% la bila drive tu.

Kawan-kawan kata kena biasakan diri berdikari. Sebab tak selamanya suami akan ada utk kita depends on. Memang ada betulnya itu. Cuma nak biasakan diri awal-awal ni agak perit lah. Tapi aku tau apa trick nya. Don't think too much ;) Just follow the flow.

Ini budak buat nenek & atok kecewa huhu




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat