Haih

Sudahnya tak jadi pun Naurah cabut gigi semalam. Doc gigi kat klinik lain tu tak bagi lah pulak. Dia kata boleh rawat lagi. Aihh..macam-macam pendapat. Ada kata suruh cabut, ada kata tak payah. Pada aku senang je, asalkan anak aku tak menderita sakit, I am okay with any solution. Ini kita tengok anak sampai muka bengkak, tak mahu makan & sometimes crying because of the pain, ibu mana yang tahan tengok semua tu kan?

2 klinik pergi, dah RM50 habis. Ubat tengah consumed tapi anak tetap tak sihat jugak. Ini yang bikin amarah ni. Petang nak pergi farmasi cari ubat titis yang kakak aku recommend semalam. Dia kata anak-anak dia semua dia letak ubat tu if gigi berlubang & alhamdulillah lepas tu OK. Tak perlu cabut pun.

Aku bukan nak berkisah pasal duit kalau bab kesihatan anak-anak ni. Tapi doctor pun biarlah bagi penerangan yang jelas & jumud tentang gigi susu budak-budak ni. Ini bercanggah pendapat pulak. Kita pun tak tahu nak ikut advice yang mana. Sakit hati kite taw!

Kesian Naurah. Dah 3 hari tak ke kindy sebab giginya tu. Supposed dia ada latihan utk buat persembahan masa Parenting Talk kat Jabatan Veterinar hari Sabtu ni. Lansung dia tak dapat nak attend. Aku pun tak sampai hati nak hantar anak tengah tak sihat macam tu.

Nazif dah beransur sembuh. Malam tadi tidurnya lebih lena drp malam-malam sebelumnya. Tq Allah. Lega sikit hati pasal kami akan balik ke BBST petang nanti. Esok keduanya akan ke kindy & taska spt biasa. Aku harap diorang dah lebih sihat lah. Allahuma amin.

Oh ye, mak abah dah sampai rumah aku tadi. Tak sabar nak balik rumah makan asam pedas ikan kaci & sambal goreng. My all time favourite. Thanks mak for cooking with love ;)











Popular Posts