Skip to main content

Hati

Kadang aku rasa was-was dengan hati. Yer, hati aku sendiri. Walau aku ni secara zahirnya adalah pemilik hati, tapi kadang kala aku sendiri tak faham dengan hati aku. Kemudian aku akur bahawasanya hati aku ni sebenarnya milik Allah. Dia yang memegang hati aku ni bagaimana & bagaimana.

Tapi tak pula bermaksud aku menyandarkan segala kejahatan hati aku ni pada Dia. Ianya pasti datang dari hawa nafsu dalam diri aku sendiri. Aku yang lemah sebab tak dapat nak kawal nafsu itu.

Aku rasa sedih sebab kadang aku rasa hati aku ni macam tak berapa baik. Untungnya kita manusia kata-kata yang terbitnya dari hati & mungkin juga dari fikiran tidak diketahui oleh orang lain selain drp diri kita sendiri dan tentunya Allah SWT. Kalau lah setiap dari kita tahu apa yang orang lain fikirkan & apa kata-kata hatinya, hura hara kot dunia ni. Jadi Allah itu Maha Mengetahui, maka Dia rahsiakan apa saja yang terlintas di dalam hati & fikiran kita. Ianya merupakan nikmat Allah yang tidak terhingga.

Aib kita dah terjaga diantara sesama manusia. Tapi aib kita dengan Allah lansung tiada hijabnya. Allah tahu apa yang ada dalam fikiran & hati kita. Malunya aku rasa. Nanti kat akhirat macam mana? Semuanya akan dipertanggung jawabkan termasuklah rahsia hati. Dekat dunia mungkin kita boleh berpura-pura & berlakon semahunya sesama manusia. Tapi kat akhirat nanti jangan haraplah!!

Itu sebab aku rasa takut dengan kejahatan diri aku sendiri. Hati ni. Aku tak tahu hati aku ni baik ke tak berapa baik ke macam mana. Sampai aku rasa give up dengan hati aku sendiri. Macam mana ni rasa tak berdaya sangat dah nak perbaiki hati. Selalu sangat terdetik perkara yang bukan-bukan. Kadang ada rasa ujub dan kadang ada rasa riak. Aku mohon keampunan Mu ya Allah.

Wahai Tuhan yang memegang hati, sebagaimana Kau elokkan kejadianku, Kau elokkanlah hati & sifat dalamanku ya Allah. 

Bila memandang cermin nak pakai tudung, doa inilah yang aku selalu teringat. Mudah-mudahan Allah makbulkan permintaan hamba-Nya yang hina ini. Allahuma Amin.






Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…