Perasan

Kadang aku ni sangat perasan. Perasan yang Allah selalu membimbing aku ke jalan yang lurus & benar. Yang kurang baik, diperbaiki jadi baik. Dalam masa yang sama jugak aku rasa takkan lahhhhhhh. Ape ko ingat ko tu istimewa sangat ke Allah nak bagi perhatian pada ko? Dan rasa sedih pun bertamu. Takpelah....usaha lagi dengan harapan Allah memang sayang kat aku dengan sebenar-benarnya.

Tapi kita takkan tahu tentang itu kan? Ibadat & amalan kita kepada Dia manelah kita tahu diterima atau tak. Hati aku ni sedangkan aku sendiri pun tak yakin pada dia. Kadang tak faham dengan dia. Allah je yang tahu sedalamnya perihal hati ni. Sebab tu aku rasa takut sebab kadang rasa hati aku tu tak baik sangat. Entahlah. Aku serahkan pada Allah jelah sebab dia sebaik-baik penilai. 

Surah Al-Fatihah yang kita hari-hari baca ulang-ulang dalam solat tu ada ayat yang bermaksud ' tunjukkanlah aku ke jalan yang benar, jalan orang-orang yang Engkau redhai bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai '. 

Kat ayat itulah aku ni perasan. Aku mohon ulang-ulang pada Allah tunjukkan jalan itu. Jadi aku rasa bila aku tiba-tiba diberi idea untuk perbaiki diri aku dalam segala hal yang berkaitan agama, aku rasa telah ditunjukkan jalannya. Bisikan kebaikan yang mungkin juga datang dari malaikat yang diutuskan Allah utk aku sentiasa memperbaiki segala kelemahan.

Allahu, moga ianya benar dan berterusan hingga ke akhir hayat.

Nak kena bagi contoh ke? Emm..macam ni lah. Contoh sebelum ni utk mandi wajib setelah habis period, aku hanya berpandukan pada pad yang sudah bersih setelah menunggu selama 24jam. Satu hari aku buka youtube dan dengar ceramah dari UAI. Kata UAI cara yang betul ialah dengan memasukkan perca kain atau tisu jolok dalam sikit utk pastikan darah haid telah benar-benar kering dan tiada sisa lansung. Seperti yang dipraktis ketika ditanya permasalahan itu kepada Saidatina Aisyah.

Kemudian aku asyik teringat tentangnya. Asyik asyik asyik sampai akhirnya aku pun praktis apa yang telah diketahui. Dapat keberanian nak buat, yang sebelum ni rasa seriau sangat entah kenapa. Padahal bukan sakit pun. Duhhh. 

Maha Suci Allah, memang benar even pad kelihatan bersih, bila dijolok tisu memang ada sisa kereh-kereh didalam itu. So tidak boleh mandi wajib lagi. From time to time kena check lah. Bila jolok & tisu bersih, then barulah boleh mandi dengan penuh yakin takkan ada dah darah yang akan keluar. Lapang betul rasa otak & dada. Over sangat ke aku rasa gitu sebab perkara ni? hehe...

Aku share sini utk yang belum tahu boleh la praktis. Tak susah pun. Yang dah tahu & paktis lama, Alhamdulillah anda seorang yg beruntung kerana telah diberi petunjuk lebih awal.

Benarlah bahawasanya mencari ilmu itu takkan pernah ada titik noktah. Selagi kita bernyawa, selagi tu kita boleh dapat ilmu. Wallahualam.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat