Lucky

Esok kindy Naurah ada buat Parenting Talk dekat Jabatan Veterinar. Dekat je dengan rumah. 3 minit kot naik kereta hehe. Last year nak join tapi last minute ada hal. So tak pergi. Esok InsyaAllah takde apa-apa. Talk tu from 8.30-11.30am. Lepas habis talk nak ajak habi pergi IOI Putrajaya. Mau cari present sempena besday Kak Ya hari tu.

Mencabar betul nak bagi hadiah pada orang yang dah ada semuanya ni. Kalau dia nak, duit tak menjadi hal utk dia beli. Yang nak memberi hadiah ni pulak sengkek. Hahaha. Tapi segan nak bagi hadiah murah-murah. Alhamdulillah ada duit lebih bulan ni. Dah beberapa hari usha online apa-apa barang yang menarik boleh bagi kat dia. Tapi takde kata putus lagi. Kejap rasa nak beli, kejap rasa taknak.

Akhirnya aku decided g usha secara alam nyata la dulu. Kalau tak jumpa baru beli online. Harap jumpalah apa-apa barang yang berguna pada Kak Ya. Dan dia pun suka. 

Dia balik dr Rotterdam nanti tadaaa....ada hadiah menanti. Ecehhhh hahahaha =P

Hari ni aku tergerak hati untuk sesuatu yang baik utk diri aku. Tiba-tiba je perasaan tu datang. Hasrat ingin mencuba. InsyaAllah ;) Moga dipermudahkan.



 
Aihh..macam dah besar sangat gaya si Nazif ni. Aaaa...janganlah grow up too fast dik. Ibu tak puas lagi nak gomol awak. Sejak elok demam hari tu, makin banyak words yang dia pandai sebut. Bila dengar je macam homaiiii....makin banyak dah vocab dia. Makin besar dah anak aku. Oh mengggggg huhuhuhu

Aku bajet dia ni lambat cakap. Tapi not bad gak ah menghampiri setahun setengah dah boleh sebut macam-macam. Cuma tak pandai buat ayat lagi jelah. Takpe...pelan-pelan yer dik. Kadang tengok dia main dengan Naurah macam dok termenung aku tengok diorang. Betul ke anak-anak aku ni? Do u get what I mean?

Its like a happiness that can only happen in dreams but its my reality actually. Aku ada anak-anak. Dan aku melihat diorang gembira. What more can I ask other than that. Naurah sayang sangat dengan Nazif. Malam tadi diorang baring bersebelahan atas katil. Nazif sedang minum susu & Naurah main henfon aku. Aku disebelah kiri Nazif, Naurah belah kanan. I looked at them & think how lucky I am to have them. Suddenly Naurah paused from looking at my handphone & kissed Nazif hair. Penyayang betul Naurah ni pada adiknya. Sebenarnya banyak kali dah dia buat macam tu kat Nazif. Sejuk betul hati aku bila nampak tu.

And then instead of staring at them endlessly, I kissed both of them on their cheek.

Thank you Allah. Engkau Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat