Makanan Sedap Vs Makanan Kesihatan

Aku malas nak gugel. Aku dah lama rasa tak puas hati kenapa minum air putih banyak boleh turunkan berat badan. Ape relevannya? Lemak mencair kah  berlawan dengan air? Hahahaha =P Imaginasi tak boleh blah.

Atau bila kita banyak pee ke toilet berulang kali, maka berlakunya eksesais secara tak lansung & akhirnya lemak terhakis? Atau pee kita tu mengandungi sekali toxin dalam badan, maka kita jadi sihat, pencernaan kita sihat & lemak takut utk berkumpul dalam badan?

Macam-macam la yang aku fikir sebenarnya. Penjelasan saintifik aku malas nak tahu. Nak cuba pakai otak ni tafsir sendiri macam mana. Untung sangat orang yg suka minum air masak je. Aku tak suka sangat. Siryes! Tabiat biasa aku, 500ml air pun susah nak habiskan dalam sehari. Aku hanya minum bila rasa haus. Tekak perit, mulut rasa kering. Selain drp tu, bercinta lah nak tengok aku togok air banyak-banyak kecuali air manis hewheww...

Air manis tu sedap. Bagi 3 liter pun sapsoi aku habiskan. Yelah, benda yang tak elok utk kesihatan, itulah yang kita suka kan? Contoh segala makanan yang bergoreng/berminyak & berlemak. Itulah yang paling sedap kat tekak. Sama jugak macam mak kata jangan bercinta sebelum bekerja. Tapi itu jugaklah yang anak-anak sibuk nak buat time belajar. Kenapakah perkara yg dilarang itu sangat best pada kita?

Aku rasa ada kaitan dengan bisikan syaitonirrajim jugak. Bukan ke syaitan menampakkn perkara yg buruk kelihatannya baik dimata kita & sebaliknya?

Mandai aku je nak kaitkan makan benda tak bagus utk kesihatan dgn syaiton hahahaha. Padahal nafsu sendiri macam hape je. Makan benda sedap dah berpuluh tahun pun masih lagi nak makan tak puas-puas. Mengapakah? Kan best klu dapat rasa puas & cakap, cukuplah aku makan sedap dah selama ni. Skrg masa utk makan for the sake of being healthy.

Ahh..kenapalah makanan yg healthy terasa tak sedap di tekak? Dan kurang mengenyangkan perut. Apa yg paling penting perut kenyang barulah hati senang kan? Hahaha. Contoh bihun sup yang blh kata quite healthy kan, jual kat pasar malam ciput aje. Tak kenyam perut aku makan hahaha. Tu psl mencarik jugak nasi yg selalunya bagi kepuasan nafsu makan. Adakah ini 1 alasan? Hehehe




Itu dia versus. Dedua feveret aku tu. Nyamnyamm. Rindu nak balik Johor. Bulan depan yer bulan depan!!!






Popular Posts