Naurah Gunting Rambut Pendek



Ohh mengggg T_T

Akhirnya ibu terpaksa akur dengan request si anak yang mahukan rambutnya pendek. Tiba-tiba aje  cakap rimas & nak rambut pendek macam Iffah kawan kat kindy anak Ticer Nurul. Biasalah budak-budak baya gini mudah sangat terpengaruh dengan kawan-kawan. Cakap ibu ayah dah jatuh nombor dua tiga. Jenuh jugak aku pujuk tapi tak berkesan pun. 

Consult dengan habi & dia kata potong ajelah. Lagipun senang nak pergi kindy pakai tudung rambut pendek. Kepala ringan. Kurang panas. Lebih selesa. Dah lama pun Naurah rambut panjang. Kita bagi dia new looks lah. Lagi pun dah itu kehendak dia. Bukan benda salah pun.

Memang tak salah. Tapi biasalah mak-mak ni kan rasa sayang sangat rambut anak yang panjang mengurai tu. Barulah nampak princess kan? Tapi dah budak taknak jadi princess guane pulak kan? Akhirnya aku pun pasrah.

Naurah pun bukan jenis suka ikat rambut. Dia suka lepas bebas gitu. Kadang nampak serabut pun yer. Jadi, baiklah. Kita potong!!

Aku ingat lepas pikap dia kat kindy petang semalam dia dah lupa. Tapi tak lupa okayyyy. Nampak tak berapa mahunya dia rambut pendek??? Mak akur nak hehehe. Nasib baik sempat snap a few shots sebagai kenangan. Senang nak ingat tarikh potong pasal sama hari dengan besday Cik Ya :)

Balik rumah dia mandi & nampak fresh je rambut pendek. Bila buat homework, rambut tak kacau. I is redha =P



Si adiknya ni as usual tak reti duduk diam. Habi bawak beli jajan nak bagi dia behave. 2 minit je kot hasrat tu tercapai hahaha. Lepas tu sibuk nak...nak...nak...mulutnya tu mintak macam-macam barang dalam kedai nak buat main. Ingat ini rumah awak ke dik nak buat sepah? -..-









Popular Posts