NYX Revenge Palette Free From Astro Circle


Penyertaan pertama contest di Astro Circle pada bulan lepas hehehe. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Tq kepada geng wassap yang menyuruh aku mendaftar sebagai pengguna Astro secara online. Intan kot yang perkenal. Kembar ku hehehe. Tenkiu laling.

Selain drp dah menukar bil bulanan kepada emel sahaja tanpa perlu surat datang setiap bulan (Go Green Campaign), aku jugak rajinkan diri join contest yang available utk pelanggan Astro. Soalannya mudah sangat. Cuma tinggal rezeki kita jelah Allah nak bagi ke tak menangnya tu.

Selain drp tu, kalau korang perati bil Astro kan dia ada points kan? Haa..points tu korang boleh redeem dengan pelbagai reward yang Astro tawarkan. Voucer KFC pun ada. Atau bil rebate RM5/RM10. It depends on your points. Points tu kita dapat bila kita bayar bil rasanya. I'm not so sure about that.

And then even pemegang akaun Astro adalah suami kita, kita boleh je mendaftar asalkan tahu nombor akaun Astro. Nak mendaftar pun tak perlu isi banyak details. Sekejap je ID dah boleh digunakan.

Selain drp tu Astro Circle pun ada bagi pelbagai kupon diskaun utk pelanggan Astro. Contoh duduk kat hotel Bayu Beach Resort Melaka dapat diskaun 50%. Print aje kupon yang ada & anda boleh gunakan sehingga tarikh luput yang tertera. Best kan?

Kenapalah baru tahu pasal benda ni lambat. Sabor jelah. Inilah pentingnya kawan-kawan boleh sebar benda yang baik kan? So here I am sharing it too with all of my readers. Jomlah daftar kalau anda pengguna Astro. Tunggu apa lagi? Maybe lepas ni rezeki anda pulak =)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat