Persepsi

Persepsi setiap orang itu pastinya berbeza. Apa yg kita lihat dengan mata, selalu saja kita bersangka-sangka akan perkara yang belum tentu betul dan tidaknya. Ianya sifat semulajadi manusia.

Pesanan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dalam kuliah ilmunya yang aku ikuti di youtube ialah sentiasa sajalah mencari alasan utk bersangka baik. Ciptalah sebanyak masa kemungkinan bahawasanya apa yang kita nampak atau tahu itu asasnya adalah kebaikkan. Subhanallah. Alangkah indahnya pesanan yang satu ini.

Selalunya kita selalu mencari sebab utk bersangka buruk pada orang lain. Tapi skrg kita cuba ubah balik mentaliti kita tu. Ya, hati memang akan jauh lebih aman, tenang & gembira.

Aku ada 1 sifat. Sifatnya ialah tak suka sangat berkawan terlalu rapat. In fact skrg ni mcm takde kawan rapat pun. Yang aku ceritakan banyak hal kepadanya. Ya, tak ada. Lain cerita, aku share dengan lain orang yang dirasakan sesuai. 

Masa aku belajar, aku dapat 1 idea bahawasanya tak ramai kawan rapat itu lebih baik drp ramai kawan tapi ntah hape-hape. Kawan yang berkualiti itu perlu dipilih. Dan pastinya ia takkan ramai. Sbb kawan yang tak kualiti selalunya hanya membawa banyak masalah kepada diri aku. Aku serik.

Falsafah tu aku pakai sampai skrg. Ramai memang meriah tapi at the end of the day membawa masalah. Sikit memang agak sunyi, tapi isinya itu padat & tepat. Aku suka lebih banyak masa dengan diri aku sorang je. Buat apa-apa sensorang. Senang. Contoh kat office ni jelah. And selalunya kawan office habis kat office je. Jarang campur dengan life luar office. Yang penting-penting je involved.

Bila aku sorang-sorang, aku banyak tak tahu cerita. Bagus. Kadang lebih baik tak tahu drp tahu. Kurang sikit dosa nak bersangka-sangka ni. Perempuan ni paling susah nak jaga ialah mulut sebab suka pokpek mcm bertih jagung. Hahaha. Tu pasal bab mengumpat selalu dikaitkan dengan perempuan. Antara 1 sebab juga kadang aku selesa berkawan dengan lelaki pasal diorang tak banyak mulut hehe

Tengok aje kalau dalam Surau. Side perempuan soksek sokmo. Side lelaki sunyi sepi aje. Ada yang rajin tampal notis tentang jangan buat bising dalam surau, barulah ada perubahan. Aman & tenang skek kita nak bersolat drp sebelum ni. Untung paham bahasa. Ada yang tak paham bahasa tu lantak pi lah. Malas nak ambil kisah.

Dan aku malas nak fikir persepsi orang terhadap tingkah laku aku. Asal aku rasa tak kacau hal orang, aku buat hal aku je. Gasak la orang nak kata mcm-mcm. I don't care. Aku hidup dalam dunia aku je. Bergaul tu bergaul jugak. Tapi sekadar gitu gitu ajelah. Berbasa basi saje. Aku suka sorang tak bermakna aku sombong. Bertegur sapa, bermanis muka itu aku buat jugak. Cuma biasa-biasa sajalah.

Dah biasa mcm ni. Lebih selesa. Lebih tenang.

Allah kan ada =)


Oldskul sangat






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat