Runsing

Buat pertama kalinya destinasi percutian meraikan anniversary pernikahan aku & habi masih belum diputuskan pd tahun ini. Macam-macam yang berlaku kat negara kita sejak tahun 2014. Start dari kehilangan MH370, di susuli dengan tembakan ke aras MH317 & terbaru kapal Air Asia Indonesia terhempas kerana cuaca buruk. Semuanya berkaitan dengan negara kita. Kemudian pd akhir tahun negara Pantai Timur terutamanya dilanda banjir yang sangat buruk berbanding bbrp tahun yang lepas. Bencana demi bencana kita alami. Ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan pada kita. Terpulanglah cara kita nak interpret macam mana.

Semua yang berlaku pun atas keizinan Allah jua. Samada baik mahupun buruk. Disebabkan itu, banyak yang perlu difikir tentang rancangan keluarga kami. Ianya memberi kesan sedikit sebanyak tentang hala tuju kehidupan. 2015 will be a tough year for us. Maybe for the years coming too. Sudahkan kita bersedia? Dari segi ekonomi pun kita dah mula terasa skrg. Kebanyakkan perkhabaran skrg adalah berita yang buruk. Kita pun jadi keliru tak tahu nak react macam mana.

And life still must go on. Ada ibu bapa yang perlu diberi perhatian & nafkah. Ada anak-anak yang perlu dipastikan kenyang perut & sihat tubuh badannya. Hidup, hidup juga. Tapi dalam keadaan hati yang tak berapa tenteram. Bimbang akan segala kemungkinan drp perkara-perkara buruk yang sedang berlaku di dalam negara kita sekarang.

Bila rasa bimbang, siapakah tempat kita mengadu? Ya, hanya pada Allah. Kita berdoa pada Dia moga dibimbing pada jalan yang lurus. Moga Dia pelihara keselamatan keluarga kita & negara amnya. 

Apa lagi usaha yang kita ada selain kembali kepada Allah? Kita bukannya siapa-siapa pun dalam negara ni. Cuma rakyat marhaen saje. Apa yang pemimpin kita decide, kita hanya mampu mengikut. Apa yang boleh kita buat even kita tak setuju dengan apa yang pemimpin kita putuskan?

Berbalik kepada sambutan anniversary yang ke-5 tahun kami, entahlah. Masih belum ada kata putus. Terlalu banyak yang perlu difikirkan sebelum keputusan dapat dibuat.

Best jadi budak-budak. Takde ape nk dirunsingkan.





 

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat