Sakit Lutut

Rasanya dekat sebulan dah aku sakit lutut belah kanan ni hah. Tak sure camne boleh sakit. Aku teringat pulak kat mak aku yang sakit lutut. Tapi dia orang tua. Aku belum la tua sangat kot. Sedih pulak rasa. Takkan la gel pelincir lutut aku dah haus by the age of 32? Try la jugak letak Flanil dgn harapan pastu OK lah. Tak jalan pon (padahal sapu sekali je ekekeke).

Yang sangat menggusarkan bila lutut sakit ialah waktu solat. Ya Allah, rasa seksa sangat bila kita dari posisi berdiri nak sujud tu. Itu yang paling problem sekali. Waktu biasa ni macam kat office aku selalu duduk kan. Bila duduk lama & bangun nak berjalan tu pun ada terasa sakit jugaklah. Terhencot lah kejap jalannya sebelum sakit tu hilang.

Baru Allah tarik nikmat lutut yg sihat, dah rasa down macam ni. Habi pun tak se caring dulu. Ngadu sakit lutut, ngadu sakit pergelangan tahan yang terkehel sikit sebab jadi tempat kepala Nazif tido dlm waktu yang lama pun tak dapat perhatian sewajarnya. Itulah agaknya kahwin pun dah nak masuk tahun ke-5. Mula lah cabaran baru pulak. Ada rasa bosan dengan pasangan ke gane. Sambil lewa je gitu. Sedih tapi malas nak fikir hehe. Biasalah aku ni kadang exaggerate je.

Pagi tadi aku solat Subuh macam biasa. Selalunya waktu solat Subuh la paling seksa sakit kt lutut tu sebab dia macam dah berehat semalaman, bila nak kerah balik dia jadi sangat sakit la. Terkejut gaknye kan. Tapi Subuh tadi aku rasa mcm ehhh dah OK ke lutut ni? Sebelum tu aku doa jugalah bila teringat psl lutut ni pada Allah mintak dia sembuhkan supaya senang aku nk solat. Dgn harapan bila lutut dah tak sakit, focus pada solat tu lagi tinggi lah kan?

Focus memang terganggu sebab bila time nak sujud je, otak dah start generate ketakutan utk rasa sakit di lutut. Mane nak datang khusyuk macam tu?

Tak pasti lagi samada Allah dah makbulkan doa aku ke belum. Kita tengoklah kejap lagi buat dhuha & zohor guane rasa. Kalau dah sembuh, alhamdulillah. Kalau belum, kenalah ubatkan dia.

Fruit tart kot namanya. Mmg xde kena mengena hihi

Ohh ya, hari ni birthday Kak Ya lah. So pic diatas tu ada kena mengena =P









Popular Posts