Susah Hati

Berdebar pulak hati aku Naurah nak pergi cabut gigi dengan Wan & Atok hari ni. Mata belah kiri pun sampai berkedip. Pagi tadi sokay je masa tinggalkan dia. Tiba-tiba dekat office risau terlebih. 

Sebelum ni dah beberapa malam tido tak lena terkenangkan si bujang yang demam. Kesiannya lahai tak tidur lena dia pasal susah nak bernafas. Kemain banyak pulak hingusnya tu. Srot sret dia. Tidur pun nak berpeluk aje. Aku biarkan kepala dia diatas lengan. Biar tinggi kepalanya senang sikit nak bernafas. 

Dah bagi ubat pun kadang masih terasa bahang panas badannya tu. Itu yang buat risau. Takut tiba-tiba suhu naik spike & kena fit pulak. Nauzubillah. Terkenang-kenang masa Naurah kena dulu.

Hari Ahad ritu kami ke One Utama. Masa makan kat TGI Nazif merengek lain macam. Tengok bibir dia dah biru. Kaki & tangan sejuk tapi badannya panas. Allahu....risau tak terhingga masa tu. Habi berlari pergi kereta ambil ubat demam. Abg Eddy pulak ke farmasi cari ubat demam jugak. Cuak sangat lahai. Alhamdulillah lepas bagi ubat dia bertenang. Dalam kereta dia tidur. Terus ajak habi balik BBST.

Semalam kami dah bawa Naurah ke klinik gigi. Tapi decided nak try on medication dulu mane tahu boleh selamatkan lagi gigi susunya tu. Malangnya keputusan kami ambil tu salah. Malam tadi tak boleh tidur dia. Makan ubat tahan sakit pun tak jalan. Rasa bersalah sangat sebabkan anak sakit macam tu. Sorry ye Naurah :'(

Serabut otak bila anak sakit serentak ni. Waktu macam ni lah rasa betapa bestnya kalau jadi house wife boleh jaga anak-anak sendiri tanpa fikir pasal apa kata bos bila kita emergency leave. 

Bila susah hati, minta sajalah pada Allah. Kesembuhan tu milik Dia. Moga analk-anak aku kuat menghadapi ujian Allah. Dan moga kami ibu bapa ni pun kuat sama. Allahuma amin.






Popular Posts