Tanggungjawab

Rasanya jadi kot plan JJCM Pata Timo sempena anniversary kami yang ke-5 ini tahun. Kadang aku godeh jugak tiket flight tapi at the end tak beli pun. Agaknya dah ditakdirkan kali ni naik kereta je kot. Jelajah Kelantan, Terengganu & Pahang. InsyaAllah akan bercuti selama seminggu for that. Idea habi lah tu. So kena la jimat annual leave utk merealisasikan rancangan itu. 

Kat Kelantan nak jumpa sama Cik Anje. Ke Pahang nak jumpa sama bff Na. Ganu je yang takde sape. Ade ke org Ganu berhajat nak jumpe aku. Macam ko femes sangat!!! Hahaha. Perasan puiiii....

Thank you Hany sebab tukar bulan terima duit kutu UB. Dapat sebulan awal je pun. Tetibe risau lak terpakai dulu duitnya. Aku ni bukan boleh sangat nampak duit banyak-banyak dalam bank. Gatal je jari nak klik klik. Pastu dah transfer menyesal. Sabor jelah....

Dekat nak raya akan dapat lagi kuit hasil kutu. Tapi yang ini share berdua dengan Mar. So akan dapat half each lah. Takpelah boleh buat belanja baju raya anak-anak. Siapa nak bagi kan?

Bagus jugak main kutu ni. Duit tu nampak la hasilnya segedebuk gitu. Kalau nak kumpul sendiri memang kelaot lah jawabnya. Ini pasal kita rasa ia 1 komitmen melibatkan hak orang lain juga, so boleh la latih diri berdisiplin gitu.

Bulan depan gaji dah takde potong PTPTN. Tapi dah ada komitmen lain yang menunggu. Yang ini senang kata komitmen yang sbnrnya memang tanggungjawab lah. Sebagai seorang anak. Since aku ni kerja biasa-biasa & gaji pun tak meriah mana, tggjwb ni aku terpaksa abaikan selama bbrp tahun until last year. 

Aku dah azam bila PTPTN dah tak potong, aku akan UP lagi pemberian nafkah pada mak abah secara istiqomah setiap bulan. InsyaAllah bulan depan akan start bayar kereta baru utk mak abah pakai kat kampung. Ini hasil gabungan 3 adik beradik. Kak Ya sebagai penyumbang terbesar, aku & anje berkongsi selebihnya. Instead of giving them money every month, this time dalam bentuk bagi pakai kereta free tinggal isi minyak aje. 

Kereta Honda City last year totally akan dipakai oleh adik bongsu si Hirraz. Takpelah pasal dia pun tak lama lagi dah habis belajar & akan sambung bayar installment kereta tu instead of Kak Ya for the moment. Kereta Abg Eddy, Wira lama yang dah tak molek sangat tu katanya nak disewakan. Entah.

Harapnya lepas ni tak risau dah ke mak abah pergi mana-mana kereta rosak tengah jalan mcm sebelum ni dengan Wira tu. Tahun ni diorang dah start semula every weekend ke masjid dengar ceramah Haji. Moga segala urusan mereka semakin dipermudahkan dalam segala hal.

Aku redha dengan komitmen baru ni. Memang tanggungjawab yg patutnya dah lama aku pikul. Moga mak abah juga redha akan kami semua anak-anaknya. Inilah masa utk mereka menikmati hidup yang lebih selesa dengan bantuan anak-anak. 7 beradik dibesarkan dengan susah payah selama bertahun-tahun. Apalah sangat nak dibandingkan dengan itu kan?

Moga mak abah happy selalu. Dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Maaf kami anak-anak yang jauh tak dapat nak balik kampung selalu. Tapi kami selalu ingat mak abah dgn pelbagai kemampuan yang lain InsyaAllah. Bulan depan kami balik ye! Yahooooo....




Comel kan anak-anak aku? Hehehe =P Kat mata aku Naurah banyak ikut features habi. Nazif banyak ikot features aku. Tak tahulah kat mata orang lain guane. Walau mcm mana pun rupa anak-anak, sayang tu tetap sama kot. Tak berbelah bahagi.

Yang si adik tu makin garang. Suka sangat cubit & lepuk kakak. Sampai luka-luka si kakaknya. Aku geram sangat kat Nazif ni. Dah tegah pun dia buat muke seposen aje. Kesian kot Naurah kadang sampai menangis sakit. Tapi dia tak balas pun kat adik pasal sayang & aku pun sllu suruh beralah. Tapi aku yg geram kdg cubit & lepuk balik tangan ketam Nazif tu. Kakak jgn balas biar ibu balaskan. Grrrr....tapi org kata salah jugak didik gitu. Kita tak boleh pukul balik bdk yang suka memukul. Abes tu guane????? Tensi lak aku huhuhu

Naurah skrg siap cakap kite dah tak sayang lah adik lelaki. Kite nak adik perempuan je lepas ni. Taknak dah sayang adik lelaki. Adik perempuan sayang kite. Adik lelaki tak sayang kite.

Sayu pulak aku dengar Naurah cakap gitu T_T

Ehh tapi ada ke adik perempuan ibu ayah nak bagi ke awak Naurah? Kemain lagi hint hahaha.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat