Happy 5th Year Naurah Zayanie!

Kesian Naurah nak dekat birthday dia hari tu kena asma pulak. Syukurlah pantas dibawa berubat so tak perlu nak warded. Doc Khairul siap dah buat referral letter. Sehari sampai 2 kali neb & 1 time oxygen. Alhamdulillah semuanya dah selamat. Nazif sakit matanya masih bersisa sampai sekarang. Pagi-pagi nak buka mata payah psl ada taik mata. Dah lah payah nak dibersihkan. Tak bagi lansung orang sentuh mata dia. Stressed betul aku.

Kek Elmo Naurah ditempah dari Fad @thesweetwonder. Kawan sorang ni memang berbakat besar. Hiasan cantik, keknya pun sedap. Abang aku pun kata sedap masa bawa balik sikit ke Johor cuti CNY ritu. Dalam tu kek coklat. Hiasan tu ada fondant & cream. Thanks Fad. Silalah follow IG yang tertulis diatas sekiranya nak cuba kek dari Fad yer! InsyaAllah anda takkan dikecewakan ;)

Since Naurah lansung tak ke kindy seminggu tu, kami celebrate birthday dia pada malam 18.2.2015 itulah di rumah my in law, Semenyih. Jemput lah makcik pakcik habi yang belakang rumah & cousins semua. Naurah nak tiup lilin pun kena tolak dengan aku. Dia bila dah ramai orang gitu mulalah jadi pemalu macam takde hidung. Last-last aku yang tiup semua lilin. Aihh...anakku sorang ni peel pemalu sangat mcm omaknye hahaha.

Siryes ahh..aku dulu memang pemalu. Mak kata malu tak bertempat pun yer jugak. Dah jadi mak orang ni je tak boleh nak malu-malu sangat. Kena rajin bertanya itu ini especially bab anak-anak. Memang menurun sangat perangai tu kat Naurah. Aptb.

 Happy 5th year Naurah Zayanie! Moga jadi anak yang mendengar kata, bijak & solehah. Amin.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat