Skip to main content

Homework With Naurah

Ahhaa...lama tak get back pasal doing her homework at nights kan? My new routine for 2015. Which I got excited back at 2014 tapi bila dah tiba masanya jadi singa mengajar anak. Hahaha. Memang dah diteka kesabaranku akan tercabar. Memang takde bakat jadi pendidik kot aku ni. Tapi orang kata selalunya ajar anak orang lain okay je. Ajar anak sendiri ni yang tak semua ibu bapa boleh buat. Garang dia lain macam bila dengan anak ni. Cepat naik angin pun yer. Kenapa eyh?

Even teachers Naurah kat kindy semua kata she's a hardworking student & quite clever, aku macam tak percaya pasal aku tak nampak semua tu bila mengajar dia. So ada rasa macam kecewa. Agaknya teachers saja cakap yang elok-elok kot utk dia. Sampai camtu sekali aku berprasangka. Dahsyat tak?

Lepas tu aku imbas balik kenangan masa aku kecik. Kemudian terfikir jugak genes yang datang dari habi. Well....hahahaha. Bad genes. Bad genes. Aku pun ada, habi pun ada. But after all we both graduate with degree kan? Not bad lah kan even ada cabaran lebih sikit drp orang lain. Aihh...why are you so stressed up on 5 years old kid? Its only kindergarten for God sake!

Being a mother kan. Yang dah ada anak mesti faham. Yang takde anak jangan nak mengata sangat. Sok awak dah ada baru tahu =P

Dah sebulan lebih mengajar Naurah almost every nights. Last night I suddenly realized that she's not so bad in her studying. Agaknya dia pun dah lali dengar jeritan aku bila dia slow. Takde dah merajuk mengadu pada habi macam masa awal-awal dulu. Sampai aku rasa bersalah bila memikirkan adakah aku dah berlaku salah pada dia.

Dia dah faham kot kenapa aku marah. Its my method of teaching. Its natural. Takde ambil kursus ke apa kan. Ajar dia sebab tanggung jawab aku sebagai ibu je. And I want her to be the best that she can. I keep on repeating teaching her until I get satisfied that she understand it good enough. 

Makin lama dia makin cepat tangkap. Makin lama dia dah tak buat any excuse to end the homework asap. Mengajar Naurah setiap malam bukan lagi tugas yang sukar bagi aku. In fact I kind of enjoying it. Dan aku dah boleh bagi pujian dengan ikhlas when she's doing good. Nampaknya dia makin cekap & cepat tangkap. I am all happy.

Buku membaca dah khatam yang pertama. Now dah masuk buku kedua. Not bad eyh! Tetiba aku pun excited nak ajar dia supaya cepat masuk buku yang seterusnya. Dia pun suka je aku ajar cepat dari yang teacher suruh ulangkaji. Tak pernah lagi mengeluh bila aku suruh ulang.

I'm proud of you Naurah ;) And I guessed our bonding is getting good through this homework session. Alhamdulillah.








Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…