I Am Who I Am

Tak semua orang pandai meluahkan perasaan. Ianya bergantung pada karakter individu tersebut. Ada orang pandai meluahkan perasaannya melalui kata-kata yg keluar drp mulutnya. Ada orang berbakat menyampaikan perasaan melalui lagu. Ada orang juga merasakan perasaannya sampai melalui penulisan.

Baik. Aku pilih penulisan! Ahhaa..sangat jelas disitu. I really love to write. Selalunya apa yang otak aku fikir & apa yang hati aku rasa, sangat susah bagi aku nak jelaskan kepada orang lain in words. Mesejnya kurang sampai kot?

Selalunya aku kalah dengan orang yang suka argue. In an argument untuk capai sesuatu conclusion, aku tak suka utk berada di dalam situasi tersebut.  I surrender. Dalam keadaan yang tegang, I'd prefer to be quiet. Bila berhadapan dengan orang yang agresif, aku akan jadi pasif. Sebab pada aku orang yang agresif ni kita tak boleh lawan cakap dengan dia. No matter what, dia mesti nak menang. Kalau kita kata dia salah, dia takkan terima punya. Jadi pada aku, lebih baik aku mengalah je. No point cakap banyak dengan orang macam tu. 

Bak mencurah air di batang keladi. Tak lut. Kalis air. Dia takkan dengar pun apa kita kata. Berlawan kata adalah sia-sia. Diam itu lebih baik.

I really hate confrontation. Dulu kan masa zaman study, kadang ada lah sorang yang akan kena 'basuh' pasal sikapnya yang tak digemari oleh rakannya yg lain. Contohnya outspoken sangat. Nanti kan ramai-ramai berpakat nak let it out to her. 1 lawan 10 kadang tu. Ahh..kesiannya yang 1 tu. Selalunya aku akan mengelak dari berkata apa-apa tapi selalunya kena paksa jugak bercakap. So cakap jelah sepatah 2 kata nak puaskan hati kawan yg lain tu. Buat ada-ada.

Syukurlah tak pernah pun kena jadi 1 lawan 10 tu. Phewww. Lega. Hahaha.

Tapi dari penulisan pun masih ada orang yang membacanya boleh salah anggap. It depends on individual jugak. Kadang aku rasa give up jugak nak menulis ni sebab selalu je orang anggap -ve tentang diri aku. And then aku berbalik la pada pepatah yang berkata...

" Tak semua orang suka pada kita. Kita pun tak suka semua orang."


Baiklah. Aku takkan give up menulis dalam blog ni semata-mata sebab nak puaskan hati orang yang membacanya dari sisi negatif. Writing here should be about my own satisfaction. It's my hobby. Kenapa nak stop kerana orang lain? Kalau nak stop pun, stop kerana aku dah takde passion menulis barulah betul. 

Apa saja anggapan orang tentang aku dari penulisan kat sini, ketahuilah bahawasanya ia tak semuanya betul. Knowing me through my writing here is totally different from knowing me in person. Knowing me in person pun belum tentu kenal aku sebaiknya. So please stop judging people. Especially if its in negative way. Tak baik tawu!!

I can say the closest human being yang kenal aku skrg adalah Izhar. My husband. Haa..kalau dia nak kritik tentang aku,  I don't mind. Dah nama pun tinggal sebumbung. Semua baik buruk masing-masing tahu sangat kot. Hahaha.

Almost 6 years of marriage masih juga lagi nak memahami & menerima diri masing-masing seadanya. Ingat senang? Ahhaaa =P Moga kita berdua saling bersabar dengan perangai masing-masing hingga akhir nyawa ye habi. InsyaAllah




Looking for my pic with habi. Tak jumpaaaaa. Huwaaaaa T_T Balik ni nak paksa selfie berdua haha. Tapi lepas dia gunting rambut. Zzzzzz.
 







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat