Perginya Seorang Ulama'

Seorang ulama Malaysia yang sangat aku hormati telah meninggalkan kita semua malam semalam pada malam Jumaat jam 9.45. Tuan Guru Nik Aziz merupakan seorang ulama yang aku sangat segani. Mendengar cerita tentang betapa zuhud hidupnya walaupun seorang Menteri Besar sebuah negeri, ianya mengundang penghormatan yang sangat besar dalam diri aku. Tak ramai manusia yang mampu hidup sepertinya sedangkan dia ada peluang untuk hidup senang & mewah.

Beliau terasa dekat dihati walaupun dia tiada kena mengena dalam hidup aku melainkan seorang saudara seIslam. Melihat dia hidup dalam kehidupan yang serba sederhana, tak membuatkan aku termakan dengan segala fitnah yang orang taburkan kepada dirinya.

Secara peribadinya, TGNA mengingatkan aku pada arwah atok sebelah Abah. Ada persamaan pada iras wajahnya. Arwah Atok pun sangat lembut bila berkata-kata. Aku masih ingat lagi masa Darjah 6 kena  buat kajian tentang susur galur keluarga. Balik kampung Abah kat Batu Pahat, tanya dengan Atok tentang zaman Jepun. Rajinnya Atok melayan cucu-cucu masa tu. Ahh sangat mengimbas kenangan.

Perginya seorang demi seorang alim ulama agama menandakan kita semua semakin hampir dengan hari pengakhiran. Allah ya Allah...sudah bersediakan aku? Sudah bersediakah anda?

Melihatkan betapa ramainya umat Islam menyolatkan jenazah Tuan Guru, hati terasa sayu. Bagaimanakah keadaannya bila tiba waktunya untuk aku nanti? Tentunya ia takkan seramai itu. Tidak terbanding diri aku ini dengan seorang yang hebat seperti TGNA.

Moga Allah tempatkan TGNA di kalangan kekasihNya yang lain. Moga kita juga berpeluang menjadi kekasih Allah di akhirat kelak. InsyaAllah.

Innalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat