Ujian Anak Juga Ujian Ibu Bapa

Anak atau zuriat merupakan perkara yang selalu dinantikan oleh pasangan yang baru berkahwin. Lepas nikah, hidup berdua suami isteri, mesti lepas tu kita aim nak anak. Untuk menambahkan lagi seri dalam kehidupan berkeluarga. Walau bagaimanapun, zuriat bukan perkara yang mesti ada dalam kehidupan suami isteri. Tak bermakna kalau kita tak ada zuriat, kita tak boleh hidup bahagia dengan pasangan kita.

Jadi pada suami isteri yang tiada zuriat, janganlah terlalu sedih dengan ketentuan yg Allah dah tetapkan untuk anda. Dalam setiap ujian, kita kena cari sisi positifnya instead of sentiasa ingin mengenang dari sisi negatif. Allah tak pernah berniat menciptakan manusia untuk menzalimi kita. Hanya manusia yang suka menganiayai dirinya sendiri. Wallahualam.

Selalunya orang akan kata, yelah kau tak alaminya kau mana tahu perasaan itu. Memang aku tak tahu. Tapi aku pun ada ujian hidup aku sendiri yang tidak kurang hebatnya dari Allah. Orang nampak luaran hidup aku je bukan dalamannya. Tak perlulah nak membandingkan ujian siapa yg lagi hebat sebab kalau kita tak pernah nak ambil pelajaran drp ujian itu, tak guna jugak. Ujian kecil atau besar bukan soalnya kan?

Berbalik kepada anak. Bersyukur aku pd Allah setakat ini dikurniakan 2 orang penyeri hidup. At the moment keduanya tidak sihat. Naurah flu & batuk. Makin teruk pulak maybe kena ambil neb. Nazif sakit mata & ada flu batuk jugak sikit. Bila anak-anak tak sihat, kita ibu bapa pun sama susah hati. Anak itu amanah Allah. Kena kita jaga sebaiknya.

Malangnya bagi ibu bapa yg bekerja spt kami, bila anak sakit tidak boleh kami menjaganya 24jam sehari. Kena pergi kerja juga utk dapat rezeki. Jadi terpaksalah menumpang kasih sayang Atok & Wan diorang utk ambil alih tugas kami. Untung juga keduanya sangat sayang pada cucu 2 orang tu & memahami keadaan kami. Tak ada tempat lain utk kami tuju selain mereka yg terdekat.

Bila anak tak sihat inilah aku berharap sangat aku ni seorang suri rumah. Yang menjaga kebajikan keluarga 24jam tanpa perlu risau tentang apa kata bos di office kalau asyik EL. Bilalah agaknya cita-cita aku yang 1 ni akan tercapai yer? Kalau fikir tentang cost of living yang makin meningkat, semakin lama rasa semakin mustahil dapat berhenti kerja.

Kenapa nak sangat berhenti kerja?

Sebab aku tahu dalam agama Islam, tugas utama seorang isteri & ibu adalah menjaga kebajikan keluarganya. Itulah yang dituntut. Aku bekerja sebab suami memerlukan aku untuk bekerja. Untuk membantu dia menaikkan ekonomi keluarga. Since aku dah tak ada hutang sejak PTPTN dah habis bayar, keinginan berhenti kerja tu semakin membuak-buak.

Tapi....seperti yg aku kata tadi, suami belum bagi green light. He needed me to work. So here I am working sambil juggling peranan lain sebagai seorang isteri & ibu.

Sebagai seorang isteri, syurga aku di atas keredhaan suami. Selagi apa yang dia suruh tak menyalahi di sisi agama, aku kena patuh.

Aku harap anak-anak tak salahkan aku kat akhirat nanti sebab tak dapat jaga & didik mereka sebaiknya. Kadang terfikir juga tentang ini. Entahlah. Allah lebih tahu.



Get well soon anak-anak. Lagi 2 hari je lagi kita nak balik kampung Johor visit Atok & Nenek. Sabar ye. Masa cuti nanti ibu jaga awak berdua sepenuh hati. InsyaAllah.


P/S: Entah dah berapa banyak entry tulis sepanjang 5 tahun+ berkahwin pasal nak berhenti kerja. Makin ramai anak, makin tekad. Rasa bersalah sangat susah nak pergi.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat