Skip to main content

Meminta Hanya Pada Allah

Tak ada sesiapa pun kat dunia ni yang tahu pengakhiran hidupnya bagaimana. Allah yang maha Perkasa saje yang tahu. Ya Allah, berikanlah aku pengakhiran hidup yang baik. Kau telah lahirkan aku ke dunia dari mak & abah yang beragama Islam. Satu nikmat yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Aku rasa amat beruntung kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Kalau saja dilahirkan oleh ibu bapa yang kafir, belum tentu lagi aku akan mengenal agama Allah ini. Terima kasih Allah diatas nikmat yang pertamanya kelahiran aku di dunia Mu ini.

Being a human yang serba lemah, kita selalu take it for granted nikmat yang pada kita telah pun dikurniakan. Being a muslim, I am not the so good one. Biasa-biasa saje. Tapi Alhamdulillah yang telah mengurniakan keinginan utk cuba menjadi hambaNya yg lebih baik pada masa-masa tertentu. Bila rasa diri sudah terpesong jauh, hati berasa tidak aman. So I need to do something about it.

Dengarlah ceramah agama. Dengarkan bacaan ayat al Quran yang indah. Bacalah tafsir al Quran spy dapat menginsafi diri dengan merenung jauh ayat-ayat dari Sang Pencipta. Dengan harapan ia dapat melembutkan hati yang semakin keras dek kelalaian duniawi dan hawa nafsu diri sendiri.

Ya Allah, telah Engkau hidupkan aku dalam iman yang sedikit ini. Peliharalah ia hingga ke akhir nyawaku ya Tuhan. Matikanlah aku juga dalam keadaan beriman kepadaMu. Kasihanilah diriku ya Allah.

Janganlah Kau berikan pengakhiran hidupku yang buruk. Jangan jadikan kuburku nanti lobang-lobang ke neraka. Jadikanlah ia lobang menuju ke Syurga Mu walau ia merupakan tingkat Syurga yang paling rendah utk hambaMu yang hina ini.

Kata Habib Ali Zaenal, mintalah kepada Allah walaupun hanya sebungkus garam.

Pada aku kata-kata ini besar maknanya. Betapa tawakkalnya kita kepada Allah dengan meminta setiap sesuatu yg ada di dunia ini pun meminta kepada yang telah menjadikan kita. Yang memiliki langit & bumi serta angkasaraya.


Bukan hanya kita minta yang besar-besar kepadaNya. Yang kecil itu pun tiada salah. Konsep meminta hanya pd Allah itu yang perlu kita perluaskan.

Hingga ke hari ini Allah belum mengizinkan aku utk menghafal surah Al-Kahfi. Surah yang perlu dihafal beberapa ayat drpdnya utk kita berlindung drp fitnah dajjal. Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku untuk menghafalnya. Hanya kepadaMu aku memohon. Dunia ini semakin menakutkan. Semakin mengingatkan aku tentang datangnya dajjal yang membawa fitnah yang besar kepada penduduk dunia. Bantulah aku ya Allah.....



 




Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…