Nikmat Masa Semakin Ditarik

Entah kenapa sejak bulan 2 yang lepas, rasa serabut sangat dengan hal rumah. Setiap weekend sentiasa tak lekat rumah. Hasilnya kerja rumah banyak yang terbengkalai dan itulah yang buat jadi serabut mata & otak memikirkannya. 24 jam skrg terlalu pantas masa berlalu. 12 jam waktu siang dah habis di tempat kerja. Sampai rumah matahari pun dah tenggelam. Usai Maghrib & makan, Isya' pun menyusul. Kemudian sibuk pula dengan mengajar Naurah buat homework & Nazif yang sentiasa mahu berkepit.

By the time anak-anak sudah tidur, kita pun mata dah layu sama. Kadang kuatkan diri jugak bangun ke bawah basuh pinggan. Kadang lipat baju bajan yang bergunung ganang. Kemudian tidur & tau-tau sudah kedengaran azan Subuh. Ya Allah, nikmat masa sudah semakin ditarik oleh Allah. Baru saja rasa masuk tahun baru 2015, skrg sudah mahu bulan 4. Serasa tidak berbuat apa pun lagi.

Bertepatan dengan Surah Al Asr yang Allah turunkan beribu tahun dulu tentang masa. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.

Kalau ditengok dengan cerita aku tadi tentang masa sehari-sehari yg habis begitu saja, memang sangat menakutkan. Tak dapat buat apa sangat pun dari segi ibadah selain drp solat 5 waktu yang kadangkala lopong juga. Ampunilah aku ya Allah. Aku memang manusia yang lemah.

Siryes aku memang rasa takut. Rasa hati semakin keras sebab jauh dari rahmat Allah. Jadi aku ambil inisiatif untuk manfaatkan masa luang aku kat office. Itu je masa yang aku dapat curi sekarang ni utk diberi pd Allah sambil buat kerja sedia ada. 

Buka youtube, dengar ceramah agama. Dengar ayat al Quran dan buka tafsir terjemahan kecil yang sentiasa aku tinggalkan kat office utk tujuan dibaca itu. Aku nak faham tentang Al Quran. Aku nak baca semua ayat yang Allah turunkan pada kita. Aku rasa bersalah sebab rasa macam tak pernah khatam Quran secara pemahamannya. Kalau baca saja, itu sudah bbrp kali. Tapi tiada apa yang diambil pelajaran darinya. Serasa nothing juga.

Sentiasa teringat tentang dajjal. Aku takut. Janji Allah itu pasti akan terlaksana. Dunia dah haywire. Macam mana aku nak senang hati hidup biasa sehari-harian dengan hanya memikirkan tentang suami, anak2, kerja, kawan2 sahaja. Tak boleh. Aku tak boleh terus leka. Aku kena buat sesuatu.

Moga Allah sentiasa tunjukkan aku jalan-Nya. Amin.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat