Alahan

Alahan pregnancy sudah semakin menampakkan dirinya. Solat pun makin kurang kualiti. Ya Allah, hebatnya ujian-Mu. Berikanlah aku ketabahan ya Allah. Berikanlah jua suamiku kesabaran diatas ketidakupayaan diriku ketika ini.

Semua ujian ini merupakan kifarah dari Allah utk segala dosa-dosaku yang lepas. Aku redha ya Allah sekiranya ia juga merupakan petanda yang baby dalam kandunganku ini sihat membesar didalam sana. I know its alright when I experience all these sickness. InsyaAllah.

Untuk kali ini aku bercadang utk permulaan nak buka buku di klinik biasa sebelum ke Annur sewaktu hampir bersalin nanti. Tak daya dah nak tunggu lama dalam clinic yang sempit dan ramai umat manusia spt sebelum ni. Am thinking to do the monthly check up at Annur Clinic at Presint 15, Putrajaya. N sblm ni masa pregy Irine buat kat sana. Dia kata tak tunggu lama pun. Doctor pun okay. Dekat sikit dengan Cyberjaya.

Plan nak buka buku lewat macam Nazif dulu masa bulan ke-4. Tapi rasa risau pulak pasal high risk due to high bp ni kan. Rasa tak sedap hati nak lewatkan sangat. Nanti kalau jadi apa-apa menyesal tak guna. So am thinking when genap 2months akan buat confirmation urine test kat clinic lah. Will discuss about this with habi later.

Bersalin InsyaAllah masih mahu di Annur with Dr. Fatimah. She knows my history & I am confidence with her expertise. 

Dah mula berfikir tentang masa berpantang. Rasa macam nak balik Johor. Kebetulan akhir tahun nanti cuti sekolah. Naurah pun tak masalah nak duduk sana lama-lama. Cuma kena berjauhan dengan habi jelah yang tak bestnya. Takpelah byk masa lagi nak decide tentang tu. We'll see when the time is come how it goes.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat