Allah Sebaik Perancang

My husband. Tak ada suami yang lebih baik aku boleh dapat selain dia. Tq Allah for pairing us together. The moment he knows I'm pregnant again, kasih sayang dia semakin di tunjukkan. He kept hugging me & kissing my cheek. Like he is thanking me for carrying this child in many difficulties. Dia tahu I really need his support.

He knows what pregnancy will do to me. Aku akan selalu tak sihat. Aku akan selalu letih. Muka aku akan jadi semakin kusam dari yang sedia ada. Badan aku akan jadi lebih tak menarik drp sedia ada. Aku akan selalu moody. Aku akan jadi isteri yang sangat tak baik utk dia. Because all I can think at the moment is about myself only.

Dengan 2 orang anak yang sedia ada, keupayaan aku terbatas utk menguruskan diorang. Selagi boleh, aku gagahkan. Bila rasa tak daya, I need my husband to help. Aku rasa sangat tak berdaya. Kasihanilah aku ya Allah. Kasihanilah juga suamiku. Moga dia sentiasa sihat utk menjaga kami. Kasihanilah juga anak-anakku yang akan sentiasa mahukan perhatian dari ibu mereka. Berikan aku kekuatan, ketabahan & kesabaran dalam melayani kehendak setiap dari mereka.

Lately aku menjadi semakin sensitif. Sangat mudah mengalirkan airmata. Maybe ada kena mengena dengan little dot didalam sana. Kadang terfikir tentang Nazif yang akan mencecah 2 tahun pada akhir bulan 7 nanti. By the time this little dot lahir, dia sudah 2tahun lebih. Nazif sangat berbeza dengan Naurah. Nazif ni sangat manja dengan aku. Ada rasa bersalah juga sedikit dihati kerana terasa terlalu awal memberikannya adik.

Tapi aku pujuk hati kerana tahu perancangan Allah itu lebih baik drp diri kita. Allah kata Jadi, maka jadilah ia. Siapa aku utk mempertikaikannya? Ini pastinya yg terbaik dari Allah utk kami. Pasti! Tak ada keraguan lansung.

Naurah pulak sentiasa excited. Sejak aku cerita dia akan dapat adik lagi, tak lekang dari mulut bertanya pasal adik babynya. Dia jadi lebih helpful bila aku suruh buat sesuatu. Aku cakap dengan dia, aku tak sihat sbb ada adik baby dalam ni, so dia kenalah tolong aku lebih banyak. Laju je cakap OK! Betapa happynya dia. Harap dpt tunaikan hasratnya nak baby girl. Terserah pada Allah sajalah. Aku & habi tak kisah sangat pasal dah ada sepasang anak pun. Boy or girl tetap kita terima dengan hati yang terbuka.

Ya Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, berikanlah aku kesihatan, baby ini kesihatan & kuatkanlah aku dengan segala ujian Mu.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat