Harapanku Hancur

Niat dihati kali ni nak buat check up kat klinik biasa je. Tapi apakan daya, doctor taknak terima kes aku pasal dalam kategori high risk pregnancy due to high bp. Chronic case katanya. Buat seram je baca doc tulis gitu. Terus dibagi referral letter to hospital kerajaan or private. Well, of course lah aku pilih Annur sebab memang nak bersalin kat sana lagi kan. Pasal kewangan tu takyah fikir sangat dulu. InsyaAllah ada rezeki Allah bagi khusus utk baby dalam perut ni. Kita usahakan lah mana terdaya.

Kalau tak cukup duit dalam akaun semasa, kita korek la saving dalam Tbg Haji sana. Untuk baby, aku sanggup berhabis segala duit yang ada. Tak tahulah prosedur kat gov hosp macam mana. Tapi membayangkan saje KK & Hosp besarnya dah cukup buat aku rasa pening kepala menuju ke migraine. Mesti ramai gila orang ork? Pastu tunggu lama. Entahlah, tak sanggup sangat rasanya nak hadap situasi tu.

Pada aku duit yang aku dapat hasil dari kerja ni selain utk meneruskan kehidupan sehari-hari, ia juga diperuntukkan utk emergency begini. Ya, aku panggil emergency kalau bab kesihatan ni. Tolak ansur tu tak ada sangat pasal berkaitan hidup & mati juga. Spending money on this is not a waste. Duit tu ada, guna ajelah. Memang boleh beli banyak kehendak duniawi, tapi tak terbanding rasanya dengan kesihatan diri & 1 lagi nyawa dalam rahim ni.

Aku yakin dengan rezeki daripada Allah. Dia Tuhan yang Pengasih & Penyayang.

Masa Nazif dah berhabis banyak. Tak pernah pun aku rasa menyesal by looking at him now. I will do the same for this baby too. Biar Ibu terpaksa bergolok bergadai barang kemas yang ada sekalipun Ibu sanggup utk kamu wahai anak. Selain dapat menjaga maruah Ibu sebagai seorang wanita Islam sewaktu bersalin nanti. Sangat takut akan kemungkinan doctor lelaki yang akan menyambut kelahiran awak nanti. Ibu takut akan menyesalinya hingga ke akhir hayat mendedahkan maruah Ibu yang satu itu. Kita bukan dalam negara yang dharurat lagi tak ada doctor perempuan kan?

Bab ini aku sanggup bersusah. Bak kata Fad, Syurga Allah tu bukan murah harganya. Mana yang aku rasa mampu nak usaha, aku cuba.

So ke Annur juga, dah start makan ubat darah tinggi & diambil darah 10ml utk pelbagai test by Annur new gynae Doc. Wan Masliza. 2 weeks lagi jumpa Doc Fatimah. Baby baik-baik saje. Alhamdulillah.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat