4 Bulan

Genap hari ni usia kandungan 4 bulan = 16 weeks. Alhamdulillah rasanya dah makin sihat drp alahan. Muntah pagi-pagi tu masih ada. Tapi lepas keluar semua air kuning, berbuih & masam tu, rasa segar sikit kepala dr kepeningan. Jadinya gagahkan dirilah bersiap pergi kerja. Harap sangat fasa alahan tu semua especially yg sampai tekak tak boleh nak terima apa pun waima air dah berlalu pergi & takkan datang kembali. Kepada Allah aku berserah.

Esok dah start bulan Ramadhan. Ada rasa lega sikitlah pasal dah agak sihat. Sebelum ni runsing kepala memikirkan macam mana nak pergi kerja & larat ke nak buat kerja semua dgn perut kosong & muntah yang sentiasa ada tu. Siap plan nk ambil cuti sebulan even unpaid leave masa bulan puasa ni. Semakin hari puasa nk dekat, semakin debar. At the same time doa tak putus pd Allah moga kesihatan makin baik. Alhamdulillah nampak keadaan semakin pulih. InsyaAllah.

Tak tahulah esok hari pertama mcm mana gayanya. Kita tunggu dan lihat sajalah. And always hope for the best. Harap aku Allah berikan aku kekuatan & ketabahan. Amin.

Sahur memang wajib bagi aku sejak dah beranak pinak ni. Dah tak tahan perut berpuasa tanpa bekalan mcm waktu muda dulu. Sikit2 Allah tarik nikmat yg Dia berikan pd kita. Begitulah kehidupan. Ada sesuatu yang boleh diambil pelajaran dari situ.

Kali ni habi yang akan ambil tugas memasak sepenuhnya drp aku. Terima kasih Allah krn bagi suami yang sangat baik. Betapa beruntungnya aku. Suami yang tak banyak hal. Yang sayang pd isteri & anak-anak selayaknya. Yang ringan tulang dan tak berkira. Dia mmg suami idaman para isteri. Cuma aku yg bukan isteri idaman para suami. But I will always try my very best from time to time. Cuba kurangkan buat dosa yang akan terpalit sama pada suami. Jaga aurat, jaga akhlak, jaga ibadat. InsyaAllah.

Aku ada rasa takut memikirkan akan ada anak yang ke-3 akhir tahun nanti. Harap semuanya baik-baik saja.







Popular Posts