Belum OK Sepenuhnya

Belum sembuh sepenuhnya lagi Naurah drp penyakit jahat tu. Semalam aku perasan naik lagi ruam merah kat peha. Ruam lama yg dekat kaki tu barulah mengering & start mengelupas. Ini dah naik yang baru pulak. Ya Allah, gusar hati tak terkata. Janganlah berulang lagi macam dulu kena warded & tengok dia menahan sakit tak terhingga. Aku rasa aku tak kuat nak hadap semua tu lagi.

Follow up hari ni habi apply leave bawa Naurah jumpa doctor. Plan nak hantar Naurah ke kindy esok tertunda lagi. Doctor kata tak OK lagi. Tunggu next follow up tengok macam mana. Doctor memang dah informed sblm discharge hari tu yang dalam tempoh sebulan ni akan on off penyakitnya. Datang & pergi & baik sendiri. Kuncinya kena sabar & bagi ubat seperti yang di sarankan ajelah.

Cakap pasal ubat, steroid yang doctor prescribed utk Naurah sekali sehari tu aku saspek membuatkan Naurah jadi kuat makan. Dah bulat muka & perut tu. Bukan senang nak tengok Naurah berisi mcm tu. Selalu makan ikot mood dia je. Ini kali berulang-ulang mintak makannya. Tak pernah tak habis nasi kat pinggan. Kdg lepas makan sejam dua, nampak kita makan dia boleh request nak lagi. Adoi...seram aku tengok napsu makannya tu. Dah terbayang Naurah gemok macam Abg Ejam sepupunya tu huhu.

Harap tak kena makan lama sangat la ubat tu. Risau pulak kang anak jadi obese. Kesian taw budak-budak kecik ni kalau gemok. Especially bab kena ejek dengan kawan-kawan. Boleh effect self esteem diorang yang kesannya boleh terbawa hingga ke besar. Aku masa kecik memang kurus keding je. Start membesar ni lepas habis study kat U. So takdelah ape sangat. Dah beso ni orang kutuk kite gemok, pandai dah tak amek port. Budak kecik ape tau?

Aku juga ada beli spray Biorzky utk di spray pada bekas ruam Naurah yang horror tu. Spray ni bahan2 dia garam buluh dr Himalaya, air mineral galian & air zamzam. Encik Shahrel yang suggest pasal anak dia Danish pakai cepat elok ruam & lukanya. Utk aku yg ada drh tggi ni pun elok sembur bawah lidah & telan. Boleh la try. Sblm sembur selawat 3x, baca al Fatihah & niat sbg asbab utk kesembuhan. InsyaAllah, kita usaha mana yang terdaya.


Ini je gambar yang aku snap masa buka puasa buffet belanja Hirraz makan kat Rymba Haven hari tu. Entahlah yer, sejak makin berusia ni rasa makin malas nak beriya sangat ambil pic sana sini macam dulu. Menulis sini pun untung masih ada lagi sisa sisa minat tu. Satu masa nanti semuanya akan terhenti dan hanya tinggal kenangan.







Popular Posts