Hirraz Dah Balik

Hari ni adik bongsu aku Hirraz akan sampai dari bumi Amsterdam ke Malaysia. 3 minggu lebih jugalah dia lepak kat sana. Ehh aku takde cerita ke pasal parents aku pun ada kat sana? Macam takde lagi kan? Well, Kak Ya kerja kat sana Petronas hantar utk tempoh setahun macam tu lah. On May dia bertolak ke sana bersendirian. Then invite my parents & siblings yang nak kesana duduklah dengan dia since dapat apartment yang selesa utk orang berkunjung.

Kiranya kena tanggung kos flight pergi balik & sikit belanja jelah if nak kesana. Disebabkan aku tak berkemampuan nak pergi 1 family, makanya dapat tumpang happy jelah pada yang dapat merasa kesana. Kak Ya pun tidaklah boring sangat duduk sane bila ada ahli keluarga sama kan?

Bulan Ramadhan ni kan, diorang puasa sampai 19 jam taw kat sana. Waktu siang panjang, malam pulak pendek. Mencabar sangat kan? Aku rasa klu aku kat sana masa tengah pregy ni, jawabnya ponteng puasa jelah. Tak larat woh huhu. 12-13 jam ni pun dah cukup mencabar rasanya. Kalau sihat walafiat tu lainlah kan.

Plane will touch down at 3pm. Aku suruh Hirraz tunggu sane jelah sementara nk tunggu aku balik 4.30pm dari Cyberjaya ni nak ke KLIA pick up dia. Kerana aku seorang kakak yang baik dan berhati mulia (koff), maka aku plan nak bawak dia berbuka kat restoran yang menyediakan juadah berbuka puasa ala buffet. Bagi dia melepaskan rindu pada masakan kampung setelah sekian lama duduk kat sana. Padahal mak kat sane asyik masak lauk Malaysia sedap-sedap. Haha. Kalah lauk aku berbuka kat sini okay!

Tak sabar nak jumpa adik yang paling rapat ni. See ya!

I love you Naurah!





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat