Hug & Kiss


Semoga cepat sembuh Naurah.

Ibu tak sabar nak tengok awak senyum macam ni & berlari main kejar-kejar dengan Nazif. How I miss the good old days.

Sabar ye Naurah. Ini ujian dari Allah untuk kita sekeluarga. Ibu tahu awak dah penat makan ubat sebeban yang doctor bagi tu. Tapi awak kena sabar kalau nak cepat baik OK!

Aku bukan seorang Ibu yang penyayang sangat. Just like my parents yang kurang memberikan kami adik beradik sentuhan kasih sayang seperti pelukan & kucupan, aku juga lacked dalam mempraktikkannya pada anak-anak sendiri. Sangat berbeza dengan keluarga belah habi. Rasanya habi lebih banyak peluk & kucup anak-anak drp aku. That how it was.

Sampai sekarang kami adik beradik rasa kekok memeluk & mengucup mak abah. Kami tak diajar mereka begitu. Kami cuma bersalam & cium tangan. Namun itu tak sedikitpun mengurangkan rasa hormat kami pada mereka. We do love them so much but it just deep in our heart. We didn't show it to people.

Tapi sejak kes Naurah ni, hati aku jadi lembut & rasa aku perlu tunjukkan kasih sayang tu pada anak-anak. Sebelum ni bukan tak ada peluk & kiss lansung. Cuma jarang. In fact everytime hantar Naurah ke kindy, dia akan salam cium tgn kami & berbalas kucupan di pipi dalam kereta. Sesekali ter miss juga. 

Tak tahulah sampai bila perasaan kuat nak peluk & cium anak-anak ni bertahan. Tapi aku rasa nak lebih dekat dengan diorang. Nazif mmg tidur berpeluk sokmo dengan aku tiap malam. Ini takde masalah. Dengan Naurah tu aku kena lebih bagi perhatian.

Pagi tadi dia hantar kami dimuka pintu dengan senyuman. I hugged her (with full of loving emotion) & give her a kiss on her cheek. Without being asked, she kiss me back on my cheek. I remind her to have her medicine with Wan. She said OK.

I do love you Naurah. I will show it to you more often after this. InsyaAllah. Disebalik setiap ujian yg Allah beri pada kita, pasti ada sudut positifnya. Kalau kita mahu mencari.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat