Naurah & HSP (Henoch Schonlein Purpura)

Jumaat lepas balik drp jumpa doctor kulit yang hanya bagi ubat sapu utk ruam teruk dikaki Naurah, FIL bawa ke Annur pulak dengan niat nak jumpa pakar kulit kat sana pulak. Tak puas hati dia sebab nampak kaki Naurah makin teruk & membengkak. Nak jalan pun makin susah. Skalinya nurse kata klinik kulit dah tutup & prosedurnya kena buat appmt dulu. Then nurse refer Naurah pada paed biasa kami Dr. Khairul Azman. Alhamdulillah dia dapat detect apa penyakit yang dah kena kat anakku itu.

Ianya dipanggil HSP. Henoch Schoeine Purpura nama saintifiknya. Nama melayunya radang pembuluh darah halus.

Bila gugel, tak banyak blog Msia yg tulis psl penyakit ni. Ada 1 blog je aku jumpa & then website myhealth kerajaan pun ada bg penerangan serba sikit ttg penyakit yg agak rare ni. Penyakit ni buat pembuluh darah halus tersumbat menimbulkan ruam yang horror di permukaan kulit. Plus dia attack sendi sampai penghidapnya tak boleh nak berjalan. Penyakit ni takde ubat spesifik & hanya bergantung pd antibiotic & tahan sakit. Ruam kemudiannya akan pulih sendiri dalam masa 2-4 minggu. Sakit sendi berlaku dalam tempoh 24-48jam. Kemudian hilang.

Sebab yang boleh dikaitkan cuma daya tahan diri badan melawan penyakit rendah, so penyakit ni pun boleh menyerang begitu saja. Sllunya menyerang kanak2. Naurah kan ada history eczema masa kecil. Maybe faktor penyumbang juga. Maybe ada makanan yang masa dia sihat, OK je makan. Tapi bila imunisasi badan dia low, makanan tu trigger penyakit ni. Apa pun sebabnya, hanya Allah yang tahu. Allahu Alam.

4hari 3malam kami berkampung di Annur Specialist. Hari Sabtu paling horror sekali aku & habi experience anak dengan kesakitan melampau. Meraung sampai keluar bilik boleh dengar. Sentiasa menangis kesakitan sampai bengkak mata. Ya Allah, pengalaman yang taknak aku rasa lagi lepas ni. Mohon pd Allah banyak-banyak. Terseksa melihat anak dalam kesakitan melampau tapi kita tak dapat berbuat apa-apa.

Aku bukan ibu yang senang menangis bila anak sakit. Seingat aku inilah kali pertama aku menangis depan anak & suami sebab tak tahan pilu hati melihat anak terseksa kesakitan. Haihh menulis ni pun bergenang airmata bila mengingatkan situasi tu. Maybe emosi aku lebih sensitif sebab pregnant juga. Naurah pun rasa pelik agaknya tengok aku menangis sama. Lantas dia pun terhenti menangis melihat aku sambil menghulur kain sapu tangan yang habi buat utk lap airmata dia. Berkongsi sapu tangan mengelap airmata lah kami hari tu. Habi pun a few times mengesat airmata aku dengan jarinya & mengusap kepala aku bbrp kali. Aku rasa dia pun faham perasaan seorang Ibu pd waktu tu kot.

Kesedihan yang tak tertahan. Pada aku situasi tu memang dah mencapai tahap maxima ketabahan diri aku sebagai seorang Ibu. 5 tahun lebih menjadi seorang Ibu dengan 2 orang anak yg keduanya pernah merasai warded di hospital, inilah kali pertamanya airmata aku tewas. Ianya 1 pengalaman yg takkan dapat aku lupakan.








Sekarang kami masih menumpang dirumah PIL di Semenyih. Takde arah la kami laki bini nak bercuti panjang dengan tanggung jawab bekerja ni. Syukurlah PIL keduanya dah pencen. Boleh la jaga cucu pd saat-saat kami sangat memerlukan ni. Untung juga ada in law duduk dekat kan? Kalau jauh mcm parents aku kat Johor sana, susah juga. Samada kami berjauhan dengan anak buat sementara (mcm a big NO je) atau import diorang datang sini (menyusahkan mereka pula).

Habi kata tunggu sampai weekend ni progress recovery kaki Naurah mcm mana. Nampak dah makin elok kakinya, boleh lah balik rumah sendiri. Tak putus doa kami semua utk kesembuhan Naurah Zayanie. Moga Allah perkenan dibulan Ramadhan yg mulia ini.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat