Penyakit Misteri Naurah

Alhamdulillah puasa hari pertama semalam berjaya dilaksanakan dengan suksessnya. Syukur yang tak terhingga aku pd Yang Esa. Terima kasih Allah. Berharap sepanjang bulan Ramadhan ni diberi kemudahan sebegitu. Amin. Sampai dah terfikir adakah ini merupakan pregnancy yang pertama kali dapat puasa penuh selama sebulan? Kemain lagi fikiran terlajak jauh. Baru hari pertama kot.

Lepas tu teringat 20/6 iaitu esok kena buat MGTT. Yes, minum air gula. Sah-sah la tak boleh nak berpuasa. Hancur musnah berkecai harapan nak puasa penuh dalam sekelip mata. Apa nak buat? Kalau Allah kata tidak, maka tidaklah jadinya ia. Mak is redha.

Malam sebelum puasa pertama kami balik ke Semenyih. Bukan sebab nak bersahur & berbuka puasa bersama-sama tujuannya. Tapi sebab Naurah kena alergik kulit yang sangat menakutkan aku menengoknya. Nak snap pic letak sini pun aku x sanggup. Pergi NMC doctor suspek alergi ajelah. Tapi kami pun tak tahu alergi apa pasal takde pergi memane yang unusual pun. Makanan pun mcm biasa je dia telan. Doc bagi ubat & pesan kalau dalam masa 3 hari tak nampak tanda2 surut, sila terus berjumpa dengan doctor kulit utk pemeriksaan lanjut.

Naurah start naik merah2 tu hari Selasa malam. Kami sapu anti fungal cream tapi takde penyusutan pun. Itu yang ambil dia kat kindy nampak makin teruk, terus ke NMC. Hari ni hari Jumaat. Malam td dia terjaga dari tidur & menggaru dengan hebat sekali. Terus aku tak boleh nak tido & susah hati mengenangkan penyakit yang masih misteri tu. Risau pasal kami belum dapatkan 2nd opinion drp doctor lain. Takut penyakit makin teruk sebab kami tak bertindak awal. What if the medicine yg doc bagi tu tak sesuai dengan Naurah? Mcm2 lah otak mak ni fikir.

Diskas dgn habi, mintak tolong PIL bawakan ke klinik pakar kulit hari ni. Even hari ni baru hari kedua consumed ubat, hati aku dah tak brp sedap nk tunggu lagi sehari. Harapnya dapatlah penjelasan yang lebih detail tentang apa penyakit yg sebenarnya. Tak sanggup tengok kaki anak merah2 lebam macam tu. Susah hati mak melihatnya even MIL kata dia okay aje kt rumah takde menggaru pun waktu siangnya. Main pun mcm biasa. Makan pun selera. Ahh...hati aku bukan boleh rasa satisfied mcm tu je. Selagi kakinya masih nampak horror mcm tu, mak tetap akan risau.

Ya Allah, berikanlah kesembuhan kepada anakku Naurah Zayanie bt Mohd Izhar. Amin.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat