Terapi Diri

Allah ya Allah, sudah memasuki hari ke-7 kita di bulan Ramadhan. Ada lagi baki 3 minggu. Hows your Ramadhan? Berkualiti kah? Mine is not so quality lah. So sad. Banyak alasan boleh tulis tapi malas. Mengaku jelah iman tengah berada pada tahap LOW. Sekali sekala gigihkan juga diri buat apa yg patut. Moga Allah terima.

At the moment kami masih di rumah my in law. Kaki Naurah dah menampakkan pemulihan. Dah boleh berlari & melompat. Kaki pun dah boleh kena air tanpa rasa sakit. Dibahagian yg menggelembung ada yang sudah kecut & pecah. Pecah tu nasib baik tak menyakitkan. MIL kata keluar darah sikit. Ergh...aku ingat keluar air bisa. Pelik taw. Takpelah asal Naurah tak dalam kesakitan. Phobia betul aku skrg bab anak kesakitan ni. Tak sanggup nak tengok situasi tu lagi.

InsyaAllah Sabtu ni dah boleh balik rumah BBST. Tak sabar walau lepas ni lebih banyak rutin kerja menanti disana. Cooking, perangat lauk sahur yadda yadda. Home will always be the best no matter how good the other place are.

Am thinking nak lepak hotel on weekend lari sekejap dari segala keserabutan. Diuji dengan anak sakit agak menyesakkan kepala & dada. Still looking for the best hotel for us to lepak-lepak chill out. Nak tengok anak-anak bermain & ketawa girang. Terapi yang paling best bagi aku. Diorang pun memang suka lepak hotel. Biasalah budak-budak. 1 kelainan di bulan Ramadhan ni. Habi OK je kalau aku yang keluarkan duitnya. Huh. We'll see lah kalau berkesempatan.

Itu jelah. Bai.



Popular Posts