Skip to main content

Azam

Aku tabik pada orang yang Allah bagi lebih rezekinya tapi masih mahukan hidup yang sederhana & seadanya. Contohnya dia mampu pakai kereta Ferrari, tapi dia choose untuk pakai Toyota je. Dia mampu pergi bercuti luar negara setiap bulan, tapi dia cuma bercuti di dalam negara je.

Aku membandingkan situasi aku dengan mereka yang begitu. Wahh, nampaknya hidup aku lagi best drp diorang. Betulkah? Perlukah ada rasa bangga dapat hidup lebih senang drp orang yang sebenarnya lebih senang drp kita?

Allah ya Allah, rasanya aku pun perlu membuat beberapa perubahan dalam kehidupan. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tak menentu ni. Berbelanja hanya yang perlu. Sudah sudahlah dengan kehidupan yang sebelum ni. Sekarang masa untuk menyimpan dan buat persediaan utk masa-masa yang lebih sukar in future.

Ya, inilah azam baru aku. Tak perlu tunggu hari dan tarikh tertentu untuk merealisasikan azam. Aku kena lebih bijak menguruskan gaji yang diterima setiap bulan. Dan juga perlu mengubah drp simpanan wang kepada simpanan emas. Terkesan sungguh dengan keadaan ekonomi di Greece baru-baru ni. Bilamana wang sudah tiada nilainya, hanya emas yang mampu membantu.

Syukurlah dalam pada berhabis banyak utk rawatan kesihatan keluarga yang sedang diuji, dapat juga memberi pada mak & abah. Bila dah berniat, tetap kena bagi walau macam mana runcingnya keadaan kita sebelum tu. Yakin pada rezeki drp Allah. Masa sempit, lebihkan bersedekah pada yang memerlukan. Sikit pun tak apa. Banyak yang aku belajar bila diuji.

Hidup ni cuma ada 2 pilihan. Samada kita nak give up, merintih, mengeluh yang pastinya takkan mendatangkan hasil apa-apa. Atau kita bangkit, cari penyelesaian, usaha & berfikir utk keluar drp cabaran yang diberi. Aku pilih utk sentiasa positif & teruskan berdoa.

Pada siapa lagi kita nak meminta selain drp Allah? Dia lah titik noktahnya.

Alhamdulillah, the kids are getting better. SABAR.



I really missed the good old days.







Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…