Bazar Ramadhan BBST

Konon nak buka kat restoren Western semalam. Sudahnye beli kat bazar je hehe. First time jejak ke bazar Ramadhan kat BBST tahun ni. Not bad. Ada pertambahan gerai & menu makanan pun ada variety. Paling byk menu yang dijual adalah Nasi Briyani. Nampak ada yg jual Nasi Arab jugak. Kuih muih, air of kos la banyak.

Habi beli Nasi Briyani Kambing, aku beli Pasembor & Kambing Panggang sebagai lauk tambahan. Cukuplah tu makan berdua je pun kan. Alhamdulillah kenyang. Dapat lari dari makan nasi sekali sekala sangat la heaven. Boleh habis Pasembor aku makan sorang. Kalau nasi, jarang dah berulang makan lepas berbuka tu. Bukan nasi memang cepat lapar balik kot.

Disebabkan aku tengah flu dengan hebatnya skrg ni, sampai rumah in law capai sebiji limau sunkist & makan dalam bilik. Bila pregnant doctor memang tak galakkan kita makan ubat pasal risau dengan baby kat dalam sane kan. Even terasa sangatlah hazabnya dengan hingus cair ni, tetap kena bertabahlah. Tak tahan sangat boleh telan paracetamol. Tu je paling dibolehkan.

Gusi Nazif yang bengkak dah getting better. Ruam Naurah pun nampak ada penyusutan. Saban hari aku doa pada Allah bagi kesembuhan pd dua beradik tu. Harap dimakbulkan lah dibulan yang penuh keberkatan ni. InsyaAllah. Amin.

Tak lama dah Kak Ya & my parents nak balik Malaysia. Ya Allah tak sabar sangat nak jumpa. Mesti kurus dah semua puasa 19 jam kat sane hehehe. Tunggu balik Raya ni nanti sekejap je nak naik balik berat tu. Rendang, ketupat memang tak lari lah kan. 

Tahun ni masih beraya dulu di Johor. 2 tahun berturut sebab on 2012 & 2013 raya kat Semenyih. 2013 patut turn Johor tapi sbb baru bersalin Nazif so beraya Semenyih. Tu pasal 2014 & 2015 raya Johor dulu. Yahooooo!!! Best dapat suami yang senang dibawak berbincang ni ^__^

Elok sangat la beraya Johor dulu tahun ni sbb Ramadhan ni kan kami berkampung kat Semenyih. Lemau sangat dah rasanya. Nak lari lah kejap dari keadaan kat sana. Last balik Johor pun bulan 4. Rindu tak terkata. Naurah Nazif pun mesti happy pasal ramai sepupu kat sana. Kalau kat Semenyih deme 2 jelah mane ade sepupu lain lagi hehehe. Coming soon yer. Kita tunggu anak Pak Lang & Mak Lang lahir akhir tahun ni =D


Pic lama hewheww










Popular Posts