Skip to main content

Hampir Pitam Di Bazar Ramadhan BBST

Semalam aku dapat pengalaman baru. Hampir pitam kat Bazar BBST. First time ah aku kena macam tu. Aku saspek pasal aku tak sahur semalam pastu tak makan ubat darah tinggi. Maybe jugak gula dalam badan low sangat pasal aku control pengambilan gula especially air manis. 2 weeks+ dah tak minum air manis. Hebat kan? Hehe. Nasi pun ambil segenggam penumbuk gitu je bila sahur & buka. Cuma pengambilan lauk pauk ah takde control. Yg ada masakkan letak gula pun tibai je. Diet mcm tak diet sangat. Gasak ah. Sambil hati berdoa paras gula dalam badan tetap berkurangan. Phuiiii

Permulaan masa rasa nak pitam tu kan, aku rasa pinggang aku sakit bagai dicucuk jarum secara tiba-tiba masa tgh tunggu Abah beli juadah kt 1 gerai tu. Tertunduk-tunduk aku tahan sakit. Lepastu kepala rasa pusing. Badan seram sejuk rasa tak sedap dah. Pandangan berpinar, dada berdebar, telinga pun berdengung. Terus paut lengan habi yang tgh dukung Nazif masa tu kabo ' orang rasa orang macam nak pitam lah bang '. Terus risau muka habi tengok muka aku. Rasanya dah pucat lesi masetu. Peluh sejuk pun dah merecik.

Tapi itulah gagah lagi sambil berpaut lengan habi jalan slowly tak pandang orang dah. Telinga berdengung makin hebat. Habi suruh duduk dulu tepi jalan tapi tak rasa nak duduk pulak. Dalam otak terbayang nak sampai cepat ke kereta je. At the same time teringat jugak pasal mati. Masa tu dok sebut Allah...Allah...je dalam hati & selawat atas Nabi sekali. Syukur sangat tak lama lepastu dah rasa OK. Cuma rasa letih sangat & sampai je rumah terus baring atas sofa, mandi & baring lagi sampai waktu berbuka.

Berbuka ala kadar je macam tak selera sangat. Naik atas tertido terus dengan Nazif. Sebbaek sempat solat Maghrib habi kejutkan. Lepastu barulah segar sikit & sambung makan meratah lauk pauk yg ada, basuh pinggan etc.

Syukurlah aku tak jatuh terjelepok masa kat bazar tu kan. Dengan perut yang makin besar ni. Risau kat baby aje if jadi pape kan. Iftar hari ni pun beli juadah bazar je. Takde mood dah nak main masak-masak. Dapur dah clear malas nak kecahkan balik. Malam ni pack beg sesiap pasal awal pagi esok sebelum sahur dah nak gerak balik ke Johor. Naurah & my parents dah gerak pagi ni. Jumpa esok ye kakak!


SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL 1436H
MOHON MAAF ATAS SEGALA SALAH SILAP YER!!

InsyaAllah kita jumpa lagi pada hari Selasa minggu depan di Syawal ke-5.





Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…