Hikmah Nazif Sakit Gusi

Ya. Akan sentiasa ada hikmah disebalik musibah sekiranya kita mahu mencari. Ingat lagi pasal Nazif sakit gusi nak tumbuh gigi minggu lepas? Kalau nak tahu, dek kerana gusi sakit itulah kerunsingan aku tentang nak wean off dia dengan pacifier telah pun berakhir. Allah ya Allah, sesungguhnya Kau Tuhan yang penuh dengan kasih sayang. Yang maha mengetahui akan segala sesuatu.

Sekali sekala especially time nak tidur, dia akan bertanya tentang paci nya. Then aku ingatkan dia tentang sakit gusi if pakai paci. Then dia macam berfikir dan give up. Tugas aku selepas tu adalah untuk alih perhatian dia drp ingatan tentang paci pada benda lain. In a while dia cranky dan serba tak kena. Like something missing for him but he don't know what. Fasa ni memang kena banyak bersabar lah. Bukan senang habit yang hampir 2 tahun kita nak stopkan. It always take times.

Lepas ni hemsem dah awak Nazif tanpa paci kat mulut tu. Rimas Ibu nengoknya taw. Berharap sangat baby ni nanti dapat sabar tak sumbat paci mcm abangnya. Serik dah rasanya pengalaman paci dengan Nazif ni. Paci ni jugak la aku rasa yang buat air lior Nazif asyik la berjejehan. Sampai basah baju dibuatnya. Hilang terus macho. Sampai skrg pun masih lagi ngences once in a while. Harap tak lama lagi hilanglah.

By the time aku menaip ni, mak abah & Kak Ya masih dalam flight otw from Amsterdam-France-Malaysia. ETA at Kuala Lumpur around 3pm. Flight KLM. Moga selamat sampai & dapatlah berjumpa dengan diorang balik kerja petang nanti kat rumah. Salah satu kelebihan rumah dekat dengan airport ialah jadi persinggahan pertama ahli keluarga yang ada urusan disana. Senang nak hantar pergi & senang nak ambil bila balik. Kami suka :)

Mereka semua request nak ke Bazar Ramadhan je berbuka hari ni. Tekak masing-masing so makanan apa yang diidamkan, boleh la beli sendiri. Senang pasal banyak pilihan. Harap kena dengan tekak ajelah.

Selamat tinggal paci. Harap tak jumpe lagi


P/S: Hari ni laki bini first time missed bersahur. Terlajak tidur. Alarm tak dapat kejutkan keduanya hihi. Kesian habi. Harap dia dapat bertahan lah.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat