Majlis Kecil Untuk Birthday Boy

Aihh...happynya perasaan menggembirakan hati anak-anak. Malam tadi kami bawa balik kek yang ditempah dari @thesweetwonders aka geng blogger Fadilah Ramlan. Fruits Flan dengan tema Ultraman pasal itulah kegemaran birthday boy sekarang ni. Layankan ajelah kan. Kemain excited dia tengok gambo Ultraman. Dok 'men..men...' happy sangat dia tengok cerita kegemaran dia tuh. Bila tanya kek siapa ni? Laju dia jawab kek adik!! Si kakak pun sama naik excited macamkan birthday dia pulak. Sabor ajelah. Budak-budak kan? Layankan ajelah. Tak sabor memasing nak potong kek. Geli hati pulak nengoknya.

Balik keje tu sempat kami tapau Satay Willy dekat Ramal Junction tu. Ramai betul yang mengorder. Kenalah tunggu dalam 40 minit gitu. Tak rasa lama pun sebab solat Maghrib dulu & pekena Yong Tau Foo Nomey kongsi dengan habi. Tau-tau je dah sampai giliran kami betul-betul dah siap makan. Perfect timing. Sebbaek Nazif tak tido lagi masa kami sampai. Selalunya dia memang jenis tido awal. Sebelum pukul 9 mesti dah ajak aku masuk bilik nak sleep katanya. Macam tetau pulak orang nak celebrate birthday dia.

OK layankan jelah piccas yang aku snap using iPhone 5 habi. Nak gambar lawa, kenalah pakai ipong khennn.












Selesai je dia makan kek, aku pun dah melantak satay beberapa cucuk, terus ajak masuk bilik nak sleep. Hahaha. Sabar jelah Nazif ni. Tak sempat aku nak mandi & solat okay. Dengan aku-aku tertido sekali. Tup tup terjaga pukul 5 pagi. Gilo. Lately makin kuat tido. Kalau masuk dalam kereta, kena aircond, lagi cepat la mata aku layu. Aku andaikan sebab pregnant jelah. Selalu takdelah buruk perangai sangat macam ni. Senyum sinis je habi dengar andaian aku tu. Abaikan.

Ohh btw kek adalah sangat sedap. Even tak boleh makan banyak, mencicipi je pun jadiklah. Dalam kek adalah moist & tak manis sangat. Elok benar untuk  budak-budak. Thanks Fad! Sila order kek yg anda mahukan dengan @thesweetwonder. Pasti takkan kecewa.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat