Nazif Zukhayr 2 Tahun

Allahu...sejak Isnin lagi sibuk sangat dengan kerja office. Kesana kesini sampai tak terasa sangat hari ni dah Rabu 29 Julai bersamaan dengan birthday Nazif yang ke-2 tahun. Alhamdulillah, antara perkara yang paling aku syukuri genapnya Nazif 2 tahun ialah dia makin banyak cakap & keletah dia makin menghiburkan hati. He looks happy maybe sebab best duduk sama Wan & Atok Semenyih lama jugak. Alang kepalang PIL jaga Naurah yang tak sihat, jagalah sekali dia ni kan.

Selain drp tu menjelang dia nak 2 tahun ni, pacifier langsung dah takde dalam kamus hidupnya. Yang ni aku paling happy tak terkata jugalah. Sebelum tu punyalah runsing bilalah dia nak wean off dengan paci tu. Tak sangka pulak bila dia sakit gusi nak tumbuh gigi geraham few weeks before petanda yang itulah masa paling sesuai utk dia wean off. Now tido pun dah lebih senang drp masa awal proses berpisah tu. Golek sana, golek sini tidolah dia dengan sendirinya. Syukur pada Allah.

Bab makin pandai bercakap pun geli hati kadang mendengarnya. Dia suka sangat ulang apa yang kita cakap dengan dia. Comel sangat. Memang tengah proses nak belajar bercakap lah senang kata. Lately rasa dia makin comel even masih dengan peel yang memeningkan kepala. He is such a happy boy :)

Moga Allah sentiasa lindungi Nazif daripada segala marabahaya. Jadik anak yang soleh, happy & bijak. Moga Allah pinjamkan kamu lebih lama utk kami menumpang kasih. InsyaAllah, amin.




Love you so much son. 




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat