Skip to main content

Persiapan Syawal

Walaupun Naurah tak berapa sihat, tapi tahun ni dah pandai request baju raya dekat Wan nya. Adoyaiii..anak siapa lah ni dah pandai meminta-minta. Segan aku rasa macamkan aku & habi takde duit nak belikan dia baju raya. Kami saje lewatkan beli pasal kena beli yg tradisional je. Baju jalan dress semua dah ada. Takdelah kalut sangat nak membelinya pun.

Tapi yelah..budak-budak kan. Bukannya boleh fikir lebih macam kite pun. Sudahnya Wan & Atok bawa dia ke Metro Kajang beli sepasang kurung moden hijau pink, sandal heel bunga-bunga pink & beg silang pink. Semua ikot taste dia. Girlish sangat semua nak pink. Gasak awak lah Naurah. Untuk dia saje dah dekat RM200 habis. Nasib baju melayu hijau adiknya cuma RM30. Hehe.

Lepas kami dapat balik sekejap ke BBST last week, teruslah bawak budak-budak ke Nilai 3 utk baju tradisional yang bertema colour keluarga kami pulak. Tahun ni kami pilih dark purple. Jubah Calaqisya aku memang dah lama beli masa wedding BIL awal tahun ritu. So cuma cari baju melayu habi, Nazif & kurung for Naurah. Memula nak beli jubah dress utk Naurah macam aku tapi tak jumpa kaler yang match lah pulak. Yg ada kurung biasa je. So belasah jelah beli. 

Dpt gak rembat jubah dress shocking pink RM30 sehelai. Berbaloi-baloi. Baju melayu habi & Nazif RM170. Butang baju RM10. Kurung Naurah RM65 siap ada lace & pearl kat tangan & bawah badan baju. Semua baju deme kali ni ada 2 kaler purple berlainan. Badan dark purple, tangan tu light purple. Nampak lah fesyen skek drp semuanya plain je kan. Lain sikit kita kali ni. Tudung instant Naurah pun dapat lah 2 helai. 1 shawl glitter purple & 1 hitam. Comel je pasal tepi kepala tu ada bunga. Budak-budak pakai comel lah. Aku mmg tidaklah nak pakai fancy gitu. Malu. Haha.

Anak tak ape pakai macam retis. Mak ayah biarlah low profile je. Memang aku & habi jenis macam tu. Sempoi je. Asal ade cukup lah. Masa kami dah berlalu masa kecik dulu. Puas dah. Biar anak-anak pulak yang merasa kemeriahan & kegembiraan Hari Raya skrg ni.

So senang kata dah settled lah persiapan menyambut Syawal kami. Alhamdulillah. Lagi 2 minggu je lagi kita di bulan Ramadhan. Lagi seminggu Mak Abah & Kak Ya akan pulang ke tanah air dari Amsterdam. Rindunya pada mereka. Tak sabar nak bersua muka lagi.


My one and only princess.





Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…