Skip to main content

Sebesar Capsicum


Itu dia baby dah besar mcm capsicum. Buat masa ni tak rasa real lagi dia bergerak. Kadang macam ade rasa tapi macam blur ye ke itu rasa baby gerak? Adoii...macamkan baru pertama kali mengandung aku ni. Haha. Jakun tengok perut besar pun masih sama macam dulu. Asyik fikir gane boleh perut besar gini sedangkan baby tu kat bawah pusat. Kecik lagi pulak tu. Tapi perut atas kemain membulat. Aku saspek lemak tepu je yang lebih. Kehkehh.

Setakat ni cuma 2 hari je tuang puasa. Itu pun sebab terpaksa bukan saje-saje. Bab diabetis punye pasal. Allahu....pregnant ke-3 ni doctor saspek aku ada diabetis sama. Kire border line dah la. Tu aku cakap dengan habi, nampaknya 3 je kot zuriat kita. Kalau ada yang no.4 tak tahulah penyakit apa pulak yang memunculkan dirinya.

Sekarang aku tengah jaga diet pemakanan dengan agak ketat. Sayang baby punya pasal. Cer kalau utk diri sendiri, kemain liat lagi aku ni. Entahlah...rasa bersalah kat baby kalau aku terus tak jaga kesihatan dengan serius. Kalau jadi apa-apa....hmm....

Perempuan memang macam ni kot. Kalau utk kebaikkan diri dia sendiri kemain susah payah liat. Tapi kalau utk orang lain, berusaha yang terdaya sehabisnya. Apetah lagi bila jadi seorang Ibu. Kasih sayang pada anak-anak tu cuma Allah yang faham. Bayangkan Allah sayangkan kite lebih dari seorang Ibu sayangkan anak-anaknya. Tak tercapai dek akal kita kasih sayang macam tu.

Aku ada masa 1 bulan sebelum check up yang seterusnya dengan Doctor Fatimah. Aku kena buktikan yang aku mampu jaga pemakanan & control tahap gula dalam badan aku ni. Ahh..demi baby, aku doa pd Allah supaya diberi kekuatan & kesabaran melalui semua proses ni. Dan moga aku dapat terus istiqomah menjaga pemakanan bukan masa pregy ni aje, tapi utk jangka masa panjang spy jadi lebih sihat utk org-org tersayang. Kan dah cakap, kalau demi orang lain, sanggup je. Utk diri sendiri dah jadi no.2. Sabar jelah hehe.







Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…