Sedang & Masih Diuji

Jangan sangka kita dah beriman pada Allah dengan sebenar-benar iman kalau kita masih belum pernah diuji oleh-Nya. Bila Allah beri ujian yang kita rasa sangat berat seperti tak tertanggung, ketahuilah bahawasanya Dia sedang menguji keimanan kita pada-Nya. Kuat ke kita, tabah ke kita, sabar ke kita. Masa inilah iman betul-betul sedang diuji.

Ramadhan kali ini aku sekeluarga masih lagi diuji. Dengan pelbagai ujian drp segi kesihatan & kewangan. Bab kesihatan dan kewangan ni memang berkait rapat. Allah berikan rezeki pada kami suami isteri sebelum ini supaya kami beringat dan tak lupa diri. Ada bahagiannya dari rezeki yang diberikan itu. Selain drp bahagian utk orang yang memerlukan, juga bahagian untuk keperluan kami sendiri. 

Bila ditimpa ujian, aku sering mencari-cari kesilapan diri. Kat mana aku dah buat tak betul ni. Walau ujian tu diberikan kepada anak-anak, aku tetap melihat kesilapan diri yang telah dilakukan sbb secara tak langsungnya ujian utk anak-anak bermakna utk ibu bapa juga kan?

Kadang aku rasa tak berapa tabah & sabar jugak. Rasa dah banyak berdoa tapi tak dimakbulkan so rasa nak give up je taknak doa dah mintak pada Allah. Tengoklah betapa dalam diri aku ni ada kekotoran jiwa atau sisi gelapnya juga sesuai dengan fitrah manusia. Aku bukannya bagus mana pun.

Tapi itulah...kemudiannya pull up myself, fikir yang Allah takkan uji kita lebih drp kemampuan diri. Allah dah janji dalam al-Quran tentang ni. Takkan kita taknak percaya pulak kan?

Walau rasa sedih, rasa letih dan bermacam rasa lagilah dalam diri ni, tetap hidup mau terus. Kena usaha, kena sabar & kena yakin Allah sentiasa mendengar permintaan kita kepada-Nya. Sentiasa bersangka baik pada Dia. Cepat atau lambat, matahari akan keluar jugak drp awan mendung tu. InsyaAllah.

Kalau ujian ini bermakna kita boleh dapat masuk Syurga kat akhirat esok, bukankah ianya sangat berbaloi utk diharungi dengan penuh kekuatan & keyakinan?

Syurga Allah tu tak mudah utk dimasuki. Begitulah adanya fitrah yang Allah sudah tetapkan.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat