Selesai Bayar Hutang Puasa

Alhamdulillah selesai sudah melangsaikan hutang Puasa Ganti sebanyak 2 hari kepada Allah SWT. Tak sangka jugak dalam pada perut memboyot ni dapat ganti dengan lebih cepat drp waktu tak boyot. Teringat lagi sebelum Ramadhan masih lagi mabuk teruk sampai rasa nak kena ambil unpaid leave sebulan duduk rumah je. Dalam masa yg sama masih mengharapkan kasih sayang Allah utk kuat mengharungi puasa. Allah Maha Mendengar. Dia kabulkan permintaan aku.

2 hari ponteng tu pun sebab kena minum air gula & buat bsp. Kalau tak agaknya memang dapat puasa penuh. Bukan rezeki bab itu. Jadi hari ni aku dah berhari raya buat kedua kalinya. I am all happy. InsyaAllah akan sambung cuba dapatkan 4 hari lagi utk merebut pahala puasa 6 hari yang fadilatnya seperti kita berpuasa sepanjang tahun. Kalau lebih rajin, boleh buat asing. Kita tengoklah macam mana.

Kalau nak ikutkan utk orang yg kena berdiet masa mengandung ni, puasa lagi senang nak control nafsu makan. Bila tak puasa, godaan tu hebat sangat. Lagilah musim raya ni kan. Aku pun belum shopping lagi stok makanan diabetis. Pagi ni sempat singgah kedai beli roti wholemeal & tuna dalam tin. Haihh..tuna tu xtau la OK ke tak sbnrnya. Tapi nak makan roti saje mmg tak lalu. Dahlah memang tak boleh minum air manis. Cicah air masak? Lagi tak lalu haha =P

Jumaat ni ada follow up. Tak taulah nasib guane. Sebelum raya ritu ada pergi clinic & check bp. Suprisingly bp cantik je. Normal. Padahal dah lewat petang. Makan ubat sebiji masa sahur je. Nampaknya memang kena control makan sama lah baru elok bp tu. Nak harap ubat 100% memang tak boleh.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Sembuhkanlah penyakit ku & anak-anakku. Berikanlah kesihatan kepada kami. Hanya Engkau tempat aku memohon pertolongan.

Hargailah kesihatan. Bila tak sihat, aptb. Aku harapppppp sgt aku kuat semangat nak ubah gaya pemakanan. Tak nak rasa tak sihat dah T_T I hope its not too late.



Waktu mereka sihat. Ya Allah, kembalikanlah kehidupan bahagia kami T__T








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat